“Kami Sah Bercer4i” – Keith Foo

Pelakon Keith Foo mendedahkan dirinya sah bercer4i dengan model, Kim Raymond pada penghujung tahun lalu.

Menurut Keith, 37, dia dan bekas isteri sudah tidak bersama semenjak dua tahun lalu.

“Kami berpisah semenjak dua tahun lalu tetapi secara rasminya bercerai pada Disember tahun lepas.

“Walaupun sudah tidak lagi bersama, kami masih berhubung dan rapat demi anak, Skylar Raymond Foo,” katanya.

Keith ditemui di sidang media telefilem Kita Merdeka oleh AEON dan Country Universal Sdn Bhd di One World Hotel, Petaling Jaya sebentar tadi.

Meskipun rumah tangga hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat, Keith dan bekas isteri sepakat mengekalkan hubungan yang baik.

“Kami sudah seperti rakan baik dan tiada masalah yang terjadi antara kami berdua biarpun tidak lagi bergelar suami isteri.

“Anak tinggal dengan isteri tetapi setiap hari saya bertemu dengan anak. Jika saya bercuti dan tiada penggambaran, anak akan tidur di rumah saya,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thank you @drjanefrancesgh and team @drjaneclinic for investing your time and effort into restoring my skin. Its going to represent me for a a very long time. I’m loving it. Call for inquiry : +60149375263 Dr Jane Clinic #nofilter #drjaneclinic #photographeritseems #loverespectunity

A post shared by Keith Foo (@keithfoo) on

Tambah Keith, situasi yang dihadapi oleh dia dan bekas isterinya kini lebih baik.

“Kami berpisah secara baik. Perkahwinan tidak boleh dipaksa. Daripada kita paksa-paksa, kita tangguh-tangguhkan, tak tahu apa akan jadi di masa akan datang.

“Jika dipaksa dan tiada persefahaman, takut perkara lebih burvk yang bakal terjadi. Sekarang, situasi yang kami hadapi menjadi lebih baik,” katanya lagi.

Keith mendirikan rumah tangga dengan Kim pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak pada 30 Mei 2017.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kami Sah Bercer4i” – Keith Foo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*