“Faizal Tahir Mahu Lebih..” Qody Terkejut Sekali DS Siti Nurhaliza Komen

PERCUBAAN Qody menyanyikan lagu Cindai yang dipopularkan oleh penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza semasa Konsert minggu kedua Big Stage 2020 menerima pujian penonton.

Lebih teruja apabila penyanyi asal lagu berkenaan turut memuat naik ucapan tahniah di Instastory.

Terkejut dengan reaksi yang diterima, Qody atau nama sebenar Rossaidi Abdul Rani, 26, berkata dia seakan tidak percaya bekas juri Big Stage musim pertama dan kedua itu memuji persembahannya.

“Alhamdulillah, perancangan beri nafas baru untuk lagu Cindai menjadi akhirnya… perasaan seronok sangat! Lebih teruja selepas selesai buat persembahan, ada kawan beritahu Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) post di Instastory kata good job.

“Wow, macam tak percaya tuan punya lagu tengok… rasa best sangat! Malah penonton juga turut terhibur dengan persembahan saya itu.

Siti tonton persembahan Qody dari rumah.

“Semua ini bukan atas usaha saya seorang, sebaliknya dengan kerjasama pengurusan dan pemuzik yang turut membantu menjadikan lagu ini sedap didengar,” katanya kepada mStar.

Dalam persembahan Big Stage minggu kedua, Qody merupakan antara tiga peserta menerima markah tertinggi iaitu sebanyak 78.60 peratus.

 

Saya akui mula rasa tekanan untuk persembahan akan datang sebab juri dah letak harapan lebih untuk minggu akan datang.

QODY RANY

PESERTA BIG STAGE 2020

Malah, juri tetap iaitu Faizal Tahir mengakui terhibur menyaksikan persembahannya malam itu.

“Inilah persembahan yang saya fokus dari mula sampai habis… inilah namanya Big Stage, awak mula menari dan menyanyi saya dah enjoy. Saya suka!,” kata Faizal.

Sementara itu, Qody mengakui mula merasai tekanan dalam pertandingan ini dan bimbang persembahan selepas ini tidak memenuhi kehendak juri.

Qody akui mula rasa tekanan untuk kekalkan prestasi dalam Big Stage.

“Saya akui mula rasa tekanan untuk persembahan akan datang sebab juri dah letak harapan lebih untuk minggu akan datang.

“Lebih-lebih lagi Faizal Tahir mahu lebih lagi… apa-apa pun saya akan cuba sebaik mungkin.

“InsyaAllah minggu depan saya akan menyanyikan lagu Salam Untuk Kekasih berduet bersama Amir Masdi… harap juri dan penonton akan suka dengan persembahan itu nanti,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Faizal Tahir Mahu Lebih..” Qody Terkejut Sekali DS Siti Nurhaliza Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*