Hari ini, seorang pemenang tempat kedua program Keynote yang disiarkan pada 2010 tampil mendedahkan komposer Ajai masih berhut4ng sebanyak RM6 ribu.
Susulan pended4han oleh Raja Nazrin Shah Raja Azaham itu, pihak pengurusan komposer Mohd Faizal Maas atau Ajai tampil memberikan kenyataan balas.
Ajai menerusi pengurus yang juga isterinya, Liza Ilias menegaskan bahawa tanggungjawab Ajai dalam program yang disiarkan pada 2010 itu adalah sebagai dekan atau ketua tenaga pengajar sahaja.
” Dia memang ada keluarkan idea itu, tapi ia dijual kepada produksi yang menerbitkan program berkenaan.
” Jadi, tugasnya dalam program Keynote itu tak lebih daripada tenaga pengajar.
” Jadi, isu mengenai hadiah atau bayaran wang kemenangan, bukan menjadi tanggungjawabnya.
” Syarikat produksi itu pun dah tak wujud dan penerbitnya pun dah meninggI dnia,” katanya kepada Harian Metro.
Liza juga tidak menolak, pihaknya ada menghubungi Nazrin untuk memintanya menurunkan perkongsian di Facebook kerana itu membabitkan nama baik Ajai dan Exist.
” Pihak kami ada menghubunginya pada 9 Mac tahun lalu kerana perkongsiannya bukan sahaja mencal4rkan nama Ajai, tetapi juga membabitkan nama Exist yang nak mengadakan konsert pada ketika itu.
” Apa yang saya lihat, individu ini seperti ingin menangguk di air yang keruh. Saya dah jelaskan situasi dan posisi Ajai dan dia kena faham mengenainya,” katanya.
Kata Liza lagi, pihaknya tidak mahu memperbesarkan perkara ini.
” Kalau boleh, kami tak mahu sampai ke tahap perlu mengambil tindakan undang-undang. Dia adalah orang yang berpelajaran dan sepatutnya faham apa yang berlaku.
” Sepatutnya, dia mainkan peranan positif di dalam industri dan gunakan cara yang betul untuk menaikkan namanya serta kumpulan yang dianggotai.
” Ajai sentiasa menyokong bakat-bakat muda ini, tapi ada dalam kalangan mereka yang suka bercakap tanpa berfikir panjang,” katanya.
Terdahulu, anggota kumpulan SOG, Raja Nazrin Shah Raja Azaham pemenang tempat kedua program Keynote yang disiarkan pada 2010 menuntut wang kemenangan serta elaun yang dijanjikan berjumlah RM6,000 selepas 10 tahun berlalu.
Selain Nazrin, program Keynote itu turut menobatkan Mohd Farhan Izharruddin sebagai juara manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Khairul Nizam Nazri.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber :https://www.asiakini.com/
Be the first to comment on "Nama Kena Petik Dah 10 Tahun Tak Bayar Hut4ng, Isteri Ajai Tampil Beri Kenyataan Balas"