5 Fakta Menarik Tentang Sultan Brunei Yang Memiliki Kekayaan Luar Biasa Dari Raja Arab Saudi

Negara Brunei Darussalam merupakan antara salah satu negara yang paling kaya dengan sumber minyak.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya kekayaan pemerintah Brunei iaitu Sultan Hassanal Bolkiah mengatasi kekayaan yang dimiliki oleh Raja Saudi.

Ini antara lima fakta mengenai Sultan Hasannal Bolkiah yang ramai tidak tahu

1.Menetap di istana terbesar di dunia

Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan, Brunei pernah mendapat pengiktirafan dalam Guinness Book of Records sebagai istana terbesar di dunia mengatasi kemewahan Istana Versailles di Perancis dan Istana Buckingham di England.

2. Mempunyai ribuan koleksi kereta mewah

Kebanyakan gologan elit sememangnya terkenal dengan minat yang mendalam terhadap kereta mewah, justeru Sultan Brunei tidak terkecuali.

Menurut sumber yang dipercayai, Sultan Brunei merupakan pemilik kepada ribuan koleksi kereta mewah yang disimpan di bawah garaj Istana Nurul Iman. Antara koleksi kereta mewah beliau adalah Mercedes-Benze, Ferrari, Bentley, BMW dan Lamborghini.

3. Kekayaan mengatasi Raja Arab Saudi

Dalam satu laporan, kekayaan yang dimiliki oleh Sultan Brunei dikatakan mengatasi kekayaan yang dimiliki oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud.

Dilaporkan kekayaan Sultan Brunei adalah sejumlah RM 286 trillion manakala Raja Arab Saudi sejumlah RM 243 trillion.

4. Pernah berkahwin sebanyak 3 kali

Sultan Brunei pernah berkahwin sebanyak tiga kali namun perkahwinan kedua dan ketiga beliau tidak bertahan lama hanya perkahwinan beliau bersama isteri pertama sahaja yang bertahan sehingga ke hari ini.

5. Memerintah Brunei lebih 51 tahun

Sultan Hassanal Bolkiah merupakan antara pemerintah tertua dan telah mentadbir negara Brunei selama 51 tahun.

Selain dari menjadi Sultan Brunei, Baginda juga memegang jawatan berikut di dalam pentadbiran – Perdana Menteri, Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Polis General Inspektor.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : https://www.xtra.com.my/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "5 Fakta Menarik Tentang Sultan Brunei Yang Memiliki Kekayaan Luar Biasa Dari Raja Arab Saudi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*