“Bukan Syok Sendiri..” – Fazura

Aktres jelita, Nur Fazura tidak takut seandainya timbul persepsi negatif mengatakan dia hanya menjenamakan semula produk penjagaan kulit miliknya, Fazura Skincare dari pembekal yang menjual secara ‘timbang kilo’.

Menurut Fazura, dia tak mahu ambil peduli jika timbul dakw4an sebegitu kerana dia sendiri terlibat dalam proses penghasilan produk tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fazura Skincare 💖✨ #Repost @fazuraskincare ・・・ . Love yourself, Love your skin. #fazuraskincare

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

“Saya tak takvt dengan persepsi itu kerana saya memang terlibat dalam proses penghasilan produk ini sejak awal lagi.

“Kalau nak cakap tentang persepsi, orang boleh cakap macam-macam, jadi terpulanglah, saya tak mahu ambil pusing tentang percakapan orang.

“Saya pun hasilkan produk yang sesuai untuk pelanggan, bukan syok sendiri, saya sendiri lakukan kajian untuk hasilkan produk ini,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemui di majlis Tea Party With Fazura di Lightbox Sungai Buloh pada Selasa.

Tambah isteri kepada aktor Fattah Amin ini, pihak Fazura Skincare juga mempunyai ahli ki1mia sendiri dan mereka tidak menggunakan bahan yang mendatangkan mudarat kepada kulit pengguna.

“Kami ada ahli ki1mia sendiri, malah bahan yang digunakan juga tidak mendatangkan mudarat kepada kulit.

“Sebagai contoh, dalam pencuci muka Fazura Skincare, ia tidak mengandungi Sulfate dan ternyata selamat untuk digunakan,” katanya lagi.

Set eksklusif Fazura Skincare lengkap dengan pencuci wajah, skrub wajah, krim siang dan malam juga serum bersaiz mini pada harga RM89.90 satu set.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

✨ Launching soon. 25.08.2020 ✨ @fazuraskincare 🌸

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bukan Syok Sendiri..” – Fazura"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*