“Saya Dah Jadi Ketag1h” – Anzalna Nasir

Sejak pandemik Covi1d-19, kita semua hidup dengan norma baharu. Bahkan gaya hidup sedikit demi sedikit juga mula berubah, termasuklah pemilihan cara pembelian barangan keperluan.

Sejak pelaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang memilih untuk membeli secara dalam talian sahaja demi mengurangkan ris1iko jangk1itan.

Begitu juga yang dilakukan pelakon Anzalna Nasir apabila mula cenderung  melakukan pembelian barangan peribadi dan keperluan secara online sahaja.

Namun, menurut Anzalna, situasi itu kemudian mula membimbangkan apabila merasakan dirinya seolah-olah mula ‘ketagih’ dengan cara norma baharu itu.

“Saya suka berbelanja, tapi sejak Covi1d-19, kebanyakan semua beli online! Masalahnya, sekarang ini setiap hari ada sahaja barang nak beli.

“Saya dah jadi ketagi1h membeli-belah secara online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah!,” kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Dalam posting tersebut, Anzalna turut memuat naik video yang memaparkan antara parcel yang baru diterimanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

I love to shop! tapi sejak Covid kebanyakkan semua beli online! Masalahnya sekarang ni setiap hari ada je barang nak beli I dah jadi ketagih shopping online sebab seronok bila barang sampai depan rumah! Macam orang bagi kita hadiah! 😛 Hahaahahahah Nasib baik anak I lelaki kalau perempuan rasanya lagi banyak benda I shopping! Siapa lagi ada masalah macam I? 😅

A post shared by Anzalna Nasir (@anzalnanasir88) on

Antaranya termasuklah, kasut, baju, seluar dan anak patung.

“Nasib baik anak saya lelaki. Kalau perempuan rasanya lagi banyak benda saya berbelanja! Siapa lagi ada masalah macam saya?” katanya.

Di ruangan komen, rata-rata mengakui berdepan masalah yang sama seperti Anzalna apabila tidak dapat menahan diri daripada membuat pembelian secara online.

“Saya! Tapi saya baru nak berhenti..buat masa ini dah berjaya dua hari.

“Dulu habis beratus setiap bulan. Penat je cakap taubat dah setiap kali tak ada duit, ada duit buat balik.

“Hilang stres shopping online ni, tapi kalau kena tipu lagilah stres,” tulis sebahagin pengikutnya.

Sebelum ini, penyedia perkhidmatan kurier juga terpaksa kerja lebih masa apabila menerima ratusan ribu parcel setiap hari untuk dihantar sejak PKP

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Dah Jadi Ketag1h” – Anzalna Nasir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*