“Ingat senang ke nak jaga anak perempuan? Macam-macam cengkadak tau!” – Lufya Omar

Penyanyi dan pelakon Lufya Omar membalas komen kesat netizen selepas menerima kec4man gara-gara memuat naik rakaman video anak perempuannya, Laana Haura, 2, meraung dan menang1is kesaki1tan kerana telinganya diti1ndik.

Jelas Lufya, 35, bukan dia yang beria ingin berbuat demikian namun Haura yang meminta ketika mereka berada di sebuah kedai emas.

“Jantung hati saya merajuk. Kawan dia pun baru tindi1k telinga pastu pakai anting-anting warna pink dia pun nak jugak!!!

“Ingat senang ke nak jaga anak perempuan? Macam-macam cengkadak tau!

“Korang ingat fya nak sangat ke pierce telinga princess ni kalau dia tak nak. Die nangis tak hengat semalam nak sangat tindi1k jadi boleh dia pakai anting-anting. (Tengok story),” tulisnya di Instagram (IG).

Sementara itu, Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar mendedahkan spray kebas sudah diletakkan iaitu sebelum dan selepas menind1ik.  

Malah, kata bintang Akademi Fantasia Musim keenam ini mereka tidak boleh melakukan serentak disebabkan salah satu ‘piercing gun’ r0sak ketika itu.

“Pasal spray kebas tu wajibul ghunnah la sebelum dan selepas. Lagi satu dah piercing gvn lagi 1 tu ros4k terpaksala buat satu-satu Mak Jah! 

“Mak dia dah cakap sak1it baby. Dia nangis nak juga. Camana? Bukan nangis manja tau. Nangis m0nster hahahahaha.. 

“Baca komen Mak Jah kadang buat darah saya naik turun. Zikir jap,” tulisnya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Muka Haura nervous mak die lagiiii nervous buat pertama kali nak bertindik. Princess dh banyak kali tunjuk nak tindik telinga so arini kita pi @anniqh_gold_official . Sedehnya tengok anak nangis kesakitan lepas tindik😥😢 Pertama kali kan aduhhh terasa sakitnyaaa walaupun dah 3x spray kebas sebelum bermula nak tindik.. Alhamdulillah nangis tak lama kita distract die dgn maruku 😂 . Sambil tindik telinga mummy survey2 la emas cantek2 kat @anniqh_gold_official ni harga pun tengah onz!!. Korang check it out la ya di masjid India @anniqh_gold_official sbb promosi dah nak habis ni! Jangan terlepas peluang investment paling baik untuk wanita 💕

A post shared by Lufya (@lufyalaana) on

Haura merupakan anak hasil perkahwinan Lufya bersama bekas suami Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Mereka mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ingat senang ke nak jaga anak perempuan? Macam-macam cengkadak tau!” – Lufya Omar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*