Zizan Razak Jadi Bahan Lawak Netizen Gara2 Hal Ini

Selamat diijabkabulkan Khamis lalu dan selesai sudah dua majlis resepsi Mira Filzah dan jejaka pilihan hatinya, Wan Emir Astar, namun kisah perkahwinan mereka masih lagi menjadi bualan ramai di media sosial.

Namun ketika majlis pasangan itu hangat diperkatakan, lain pula yang timbul apabila seorang netizen tampil mengimbau kembali foto Zizan Razak yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan Juliana Evans, Emma Maembong dan Mira Filzah.

Namun, yang menjadi isu apabila foto berkenaan telah menjadi bahan jenaka netizen di media sosial sejak khamis lalu selepas Mira Filzah mengumumkan akan berkahwin.

Meskipun ramai yang menjadikannya bahan jenaka namun ada yang tampil meluahkan rasa simpati kepada pelawak dan juga pelakon itu yang mengatakan bahawa mungkin dia sudah mencuba namun tiada jodoh antara Zizan dan artis-artis berkenaan.

Terdahulu, Zizan pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon Juliana Evans dan juga Emma Maembong namun terputus di tengah jalan. Malah, Mira Filzah juga tidak terlepas dari kontr0versi percintaan bersama pelawak berusia 36 tahun itu.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: ROTIKAYA

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Zizan Razak Jadi Bahan Lawak Netizen Gara2 Hal Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*