Selepas Mira Filzah Kahwin, Safiey Illias Pulak Nak Akhiri Zaman Bujang – “Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul …”

Usahawan kosmetik Safiey Illias seakan memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Menerusi sebuah entri di Instagram (IG)nya, Safiey mengucapkan tahniah kepada pasangan sejoli aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar sekaligus berkongsi berita gembiranya.

“Tahniah Mira Filzah dah berkahwin. Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha,” tulisnya secara ringkas sebagai kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tahniah @mfmirafilzah dh berkahwen . Tak lama lagi ratu akan menyusul pulak hahaha .

A post shared by RATU SEMESTA ALAM (@safieyillias94) on

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut tidak sabar menanti hari bahagia pelantun lagu Syinta G1la itu.

Malah, ada yang berpendapat majlis itu akan menjadi ‘Wedding Of The Year’.

Walaubagaimanapun, Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias tidak mendedahkan siapa gerangan yang bakal menjadi pasangan hidupnya.

Terdahulu, Safiey menjadi tumpuan ramai orang selepas sering berkongsi tentang pembed4han yang dilakukannya kepada umum.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas Mira Filzah Kahwin, Safiey Illias Pulak Nak Akhiri Zaman Bujang – “Tak Lama Lagi Ratu Akan Menyusul …”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*