Cikgu Shafi Dedah Keadaan Allahyrham Sandra Dianne Selepas Konsert Minggu Ketiga

Shafizawati Sharif atau lebih mesra dipanggil Cikgu Shafi mengakui perkenalannya selama empat minggu bersama Allahyrham Sandra Dianne merupakan pertemuan yang indah, biarpun dia sangat sedih dengan pemerg1an Sandra.

Ketika dihubungi Gempak, Shafi yang merupakan guru vokal untuk peserta-peserta Big Stage 2020 mengakui biarpun tempoh tersebut tidak lama, tetapi ianya seolah-olah mengenali Sandra selama usianya 26 tahun.

“Sebenarnya selepas konsert Big Stage minggu ketiga, Arwh sangat d0wn. Saya tak berjumpa dengannya sehinggalah pada hari Khamis ketika kami ada sesi one-on-one di Studio.

“Ketika bersama arwh, hampir sejam dia menangis. Dia sangat kec3wa dengan ‘hat3rs’ yang meninggalkan komen-komen. Ada yang menghantar Direct Message (DM) menyebabkan dia rasa sangat tervk. Sejam dia meluahkan perasaannya,” cerita Shafi mengingat kembali.

Allahyaham disifatkan oleh Shafi seorang yang berfikiran positif, sentiasa tenang dan sangat mudah mengikut apa yang diajarkan kepadanya, tetapi tidak pernah melalui keadaan di mana dia dihent4m oleh ‘haters’ sebelum ini.

“Selepas tenang, saya habiskan masa tersebut dengan latihan kerana mahu dia melupakan hal tersebut. Saya susun kerusi, minta dia menyanyi di atas kerusi dan tunjukkan bahawa dia mampu melakukan yang terbaik. Dia nampak kembali okay, tapi pada masa yang sama dia memberitahu saya bahawa perasaan s4yu itu masih ada di dalam hatinya.

“Pada pagi Jumaat, saya teruskan motivasi saya untuk dia melalui WhatsApp. Saya beritahu saya ada bersama dengannya dan saya hantarkan lagu ‘Sak1t’ sebagai pembangkit semangat untuk dirinya. Dia balas dengan ayat ‘I Love You, Cikgu’,” kata Shafi yang tidak dapat menyembunyikan kesed1hannya.

Cerita Shafi lagi, pada sebelah malamnya dia menghubungi Allahyrham Sandra melalui panggilan video untuk meneruskan latihan bersama.

“Hampir pukul 1 pagi dan kami berlatih lebih 45 minit melalui panggilan video. Ketika itu dia kelihatan gembira dan tenaga yang diberikan juga bagus. Nampak macam Sandra yang biasa, happy dan ada energy.

“Sepupunya ada bersama ketika itu dan turut merakamkan latihan yang dibuat supaya boleh dilihat kembali selepas habis sesi kami,” kata Shafi kepada Gempak.

Menurut Shafi, itulah kali terakhir dia bercakap dan menatap wajah Allahyrham sebelum Allahyrham terlibat dengan kemal4ngan jalan raya ketika mahu ke sesi latihan di PICC Putrajaya. 

“Pagi semalam (Jumaat) ketika bangun jam 5:00 pagi, saya dapat banyak WhatsApp dan mendapat berita sedih bahawa Allahyrham meningg4l dunia dalam pukul 1:00 pagi. Saya dan suami bergegas ke hospital.

“Sampai di hospital, saya bertemu dengan Ara Johari dan terus ke bilik may4t bersama suami. Ada empat lima orang di dalamnya dan saya menjadi orang terakhir melihat wajah Allahyrham di dalam bilik tersebut.

“Wajah Allahyrham cukup bersih, tenang dan tidak ada sedikit calarpun pada wajahnya. Sangat bersih…” kata Shafi sambil memohon kepada Gempak untuk berhenti seketika daripada meneruskan temu bual.

Seketika kemudian ketika menyambung kembali temu bual melalui telefon, Shafi dengan tenang memberitahu dia masih mencari jawapan kepada pertemuannya itu.

“Kami kemudiannya solat jenaz4h bersama. Hanya saya seorang perempuan di situ. Yang ada bersama adalah suami saya, ayah tiri Allahyaham, seorang ustaz dan seorang lagi yang mungkin juga saudara kepada Allahyrham.

“Kemudian semua yang lelaki keluar, dan saya solat subuh seorang diri di bilik tersebut bersama jen4zah di sisi saya. Ketika berdoa, banyak perkara yang bermain di kepala saya, dan saya bertanya pada diri apa tujuan jodoh pertemuan dan aj4l ini kepada saya?” kata Shafi.

Menurut Shafi lagi, sepupu Allahyarham memberitahunya bahawa Allahyrham begitu teringin untuk belajar dengannya, malah menjadikan dirinya sebagai idola.

“Cikgu Shafi idola Sandra dan dia berdebar-debar nak jumpa Cikgu Shafi. Dia cakap macam nak jumpa bakal suami. Itu yang diberitahu oleh sepupu Allahyrham kepada saya.

“Semua orang ingat cikgu tahu semua perkara dan jadikan idola, tapi sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Allahyrham adalah idola saya. Saya tidak pernah kenal dia sebelum Big Stage. Kali pertama berjumpa kerana program ini, dan kali terakhir saya menatap wajahnya juga kerana ini. Mungkin ada rahsia Allah SWT buat saya yang saya tidak ketahui,” kata Shafi mengakhiri bicara bersama Gempak. 

Allahyrham Sandra Dianne terlibat dengan kemalangan jalan raya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) pada 5 September lalu ketika dalam perjalanan untuk latihan penuh Konsert Big Stage minggu keempat di Pusat Convention Antarabangsa (PICC) Putrajaya.

Kemal4ngan tersebut menyebabkan Sandra berada dalam keadaan koma dan krit1kal, dan dimasukkan ke Unit Raw4tan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya.

Pada pagi 11 September Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria menghembvskan nafas terakhir setelah lima hari bertarvng ny4wa akibat kem4langan tersebut.

Jen4zah Allahyrham dibawa pulang ke kampung halamannya dan dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Kampung Kauluan, Sabah pada petang Jumaat.

Salam takziah daripada Gempak kepada seluruh keluarga dan sahabat handai Allahyrham. Semoga Allah SWT menempatkannya bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Cikgu Shafi Dedah Keadaan Allahyrham Sandra Dianne Selepas Konsert Minggu Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*