Ketika Idris meningg4l dunia, Tiba2 suara TV makin kuat. Isteri turun tengok

Kuala Lumpur: “Ayah tanya bila kad kahwin saya akan siap kerana dia nak berikan kepada rakan-rakannya,” kata Nur Alia Muliyani, 27, anak kedua pelakon veteran, Idris Mat Diah, 61, yang meningg4l dunia awal pagi hari ini.

Nur Alia yang akan berkahwin pada hujung tahun ini berkata, dia tidak menyangka pertanyaan itu antara petanda pelakon drama bersiri popular 7 Hari Mencintaiku 2 ini akan meninggalkan mereka buat selama-lamanya.

“Saya tak terfikir apa-apa dan suruh dia tunggu kerana kad belum siap. Memang saya tak mengesyaki apa-apa dan tak tahu rupanya itu soalan terakhir ayah kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Alia, bapanya menghid4p kenci1ng manis, tetapi sukar ditentukan tahapnya kerana dia sudah lama tidak membuat pemeriksaan.

“Ayah memang tak makan ub4t, tapi kami sekeluarga jaga pemakanan dia. Ayah pun jarang makan di luar dan sejak akhir-akhir ini selera makannya tiada. Dia kurang makan. Saya dan emak bagi makanan yang dia suka tapi itu pun dia tak makan,” katanya.

Idris juga mengikuti rutin berpantang makan, namun sesekali dibenarkan merasa pelbagai menu seperti masakan bergoreng dalam kadar sedikit.

“Kami satu keluarga amalkan minum air masak. Minuman bergula hanya dihidangkan untuk tetamu. Ia bukan dipraktikkan sejak ayah sakit, tapi disebabkan mak juga ada masalah jantung.

“Ayah meningg4l mengejut mungkin salah satu sebabnya kerana dia tak makan. Selera sudah tiada, malah nak mengunyah makanan pun tak boleh,” katanya.

Menurut Alia, bapanya suka berehat di rumah dan jika keluar pun hanya untuk bertemu rakan-rakan.

“Dia sangat menghargai mereka. 7 Hari Mencintaiku 2 adalah drama terakhir lakonannya. Satu perangai ayah, dia bukan jenis yang suka bawa cerita kerja di rumah. Sepanjang 27 tahun hidup, saya tak pernah tanya berkenaan drama lakonan dia.

“Kalau dia nak cerita, dia akan cerita. Kami tak nak bagi dia ‘stress’. Begitu juga saya tak bawa hal kerja di rumah. Kami hanya fokus pada urusan keluarga,” katanya.

Menurutnya, setiap kali rakan-rakan bapanya bertanyakan drama lakonan beliau, mereka hanya menjawab dia terbabit dengan penggambaran.

“Kami memang tak tahu drama apa. Seperti kata rakan-rakannya, karakter ayah di luar dan dalam drama sama sahaja iaitu ‘soft spoken’, cuma dia ada barannya tapi bergantung pada situasi dan keadaan,” katanya.

Terdahulu, Idris yang popular dengan watak Pak Andak dalam drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 disahkan meninggal dunia di rumahnya di Putrajaya, pada jam 2.30 pagi.

Alia berkata, bapanya ditemui dalam keadaan pucat dan tubuhnya sejuk di depan kaca TV di tingkat bawah kediaman mereka.

Suara Tv Makin Kuat

“Ayah memang suka tengok TV seorang diri sampai lewat pagi kerana dia susah nak tidur malam. Mak hanya sedar apabila dengar suara TV makin kuat dan apabila turun didapati kucing berada di atas ‘remote control’ TV.

“Dalam masa sama emak lihat keadaan ayah terlantar dan perasan situasi yang berlaku. Memang terkejut kerana ayah tak tunjukkan tanda-tanda saki1t,” katanya.

Sementara itu, jenaz4h Idris selamat disem4dikan di Tanah Perkubvran Islam Bukit Lagong, Kepong pada jam 11 pagi.

Turut hadir memberi penghormatan terakhir ialah rakan seangkatan Allahyarham antaranya Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, Zaidi Omar dan Mubarak.

Idris men1nggal dunia dalam tidur.

Idris Mohd Diah men1ngg4l dunia pada usia 61 tahun di kediamannya di Presint 9, Putrajaya awal pagi Isnin.

Pelakon yang terkenal dengan watak Pak Andak menerusi drama bersiri 7 Hari Mencintaiku 2 dikatakan men1ngg4l dunia ketika sedang tidur kira-kira pukul 2.30 pagi, Isnin.

Dalam pada itu, Remy berkata, dia mengenali Allahy4rham ketika berlakon dalam telefilem untuk RTM dan ketika dia belum dikenali sebagai Remy Ishak.

“Ayat abang Dris bagi waktu aku mula-mula masuk bidang lakonan. Masa tu aku tengah berlakon drama telemovie untuk RTM dengan Abg Dris dan Uncle Abu Bakar Omar, zaman awal sebelum aku jadi ‘Remy Ishak’.

“Tak ada orang yang kenal, tak ada siapa-siapa yang percaya dengan aku masa tu. Sampai ke hari ni terngiang-ngiang suara abang Dris kat telinga.

“Semoga abang di tempatkan kalangan orang yang beriman dan beramal soleh,” ujarnya.

Idris meninggalkan seorang balu, Che Hawa Abu Bakar, 60, dan dua anak iaitu Muhammad Afiq Husaini, 28, dan Nur Alia Muliyani, 27.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : http://trendingsangat.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ketika Idris meningg4l dunia, Tiba2 suara TV makin kuat. Isteri turun tengok"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*