Pasangan suami isteri iaitu Elly Mazlein dan Cikgu Azlan telah mendirikan rumah tangga pada 18 Januari 2020 dan pengenalan mereka juga telah mendapat perhatian ramai. Sudah pastinya peminat tidak sabar untuk melihat Kak Lina Pom Pom mendapat zuriat hasil perkahwinan bersama Cikgu Azlan.
Terbaru, pelakon Kampung People 2 itu mendedahkan kepada Melodi akan berita yang kurang enak didengari. Difahamkan, Elly Mazlein telah mengalami kegvgvran dan tidak mahu berita tersebut diketahui peminat.
Kak Lina kegvgvran?
Elly Mazlein menjawab spekulasi mengenai berita keham1ilannya yang telah menjadi bualan peminat. Pelakon itu bagaimanapun tidak gemar untuk berkongsi berita kesedihan yang dihadapi dirinya kepada umum terutama peminat. Dia juga memohon doa dari peminat untuk terus kuat hadapi ujian sebegini.
Kalau boleh Kak Lina lagi nak share benda-benda yang manis je kepada peminat. Benda tak okay, benda yang sedih, benda yang buat Kak Lina terganggu. Selalunya Kak Lina lebih suka sembunyi, biarlah Kak Lina jadi seperti lilin yang menerangi hidup semua orang.
Kak Lina nak dia orang tahu yang Kak Lina okay. Semua orang dengar cerita baik-baik pasal Kak Lina. Benda yang sedih-sedih biar Kak Lina dengan family je tahu. Cuma Kak Lina mohon semua orang doakan yang baik-baik buat Kak Lina.
Percaya susunan Allah itu terbaik
Apabila ditanya mengenai reaksi Cikgu Azlan apabila mengetahui berita keguguran isterinya, Elly Mazlein hanya mampu memohon agar peminat sentiasa mendoakan supaya mereka segera dapat cahaya mata. Pelakon itu juga kelihatan enggan memberi apa-apa kenyataan berhubung cerita sedih yang dialami mereka.
Cuma Kak Lina mohon kepada korang semua supaya doakan Kak Lina dapat baby. Kak Lina mengaku jadual kerja busy sampai ke tahun hadapan. Kak Lina percaya susunan Allah itu terbaik. Lambat laun, Inshallah.. Allah akan bagi.
Tak adalah meletakkan kerja itu satu bebanan sampai Kak Lina tak dapat baby atau berlaku kegugvran dan sebagainya. Kak Lina anggap tak apa… Doakan yang baik-baik, apa yang Allah nak bagi kepada Kak Lina. Kak Lina akan sentiasa bersangka baik dan sentiasa berdoa.
Sumber: Melodi
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!
Sumber : OHBULAN
Be the first to comment on "‘Semua Orang Nak Tengok Kak Lina Dapat…’ – Elly Mazlein Kegvguran?"