Mula Tayangan 11 Oktober, Gegar Vaganza Umum Senarai Peserta Untuk Musim Ketujuh

Umum mengetahui bahawa program yang paling ditunggu pada saban tahun ialah Gegar Vaganza. Ternyata ramai yang suka melihat penyanyi lama kembali beraksi dan membuktikan bahawa masih lagi menyengat dalam kalangan penyanyi kini.

Selepas sekian lama menanti, akhirnya Gegar Vaganza musim ke-7 baru sahaja mengumumkan senarai penuh penyanyi yang bakal menghiasi pentas rancangan ini bermula 11 Oktober nanti.

Antara daripada mereka ialah penyanyi lagu irama tradisional Noraniza Idris, vokalis utama May, Mus serta Yantzen yang juga merupakan mantan vokalis May dan Rusty Blade.

Bukan itu sahaja, nama lain yang bakal mempertaruhkan bakat mereka untuk tontonan umum ialah Cliff Umar (Projek Pistol), Aju (Success), Oja dan Nomad. Selain itu, penyanyi Rozita Izlyn, Ayu Damit, Linda Nanuwil, Ashira dan Haslinda turut disahkan bakal menyertai musim terbaru program terbitan Astro ini.

Tak cukup dengan itu, Gegar Vaganza musim kali ini juga tidak ketinggalan untuk membawa kembali dua buah kumpulan yang pernah menggegarkan arena seni pada tahun 1990-an iaitu Indigo dan Eva.

Lebih menyeronokkan apabila program popular ini masih mengekalkan Datuk Ramli MS sebagai juri tetap bersama-sama dengan penghibur terkenal, Datuk Khadijah Ibrahim. Malah Jihan Muse dan Nabil juga kembali menggalas tugas sebagai pengacara yang bakal mengemudi Gegar Vaganza pada saban minggu.

Dengan tagline ‘Mara Suara Membara’, musim kali ini akan dijalankan mengikut prosedur norma baru yang telah ditetapkan. Tak sabarnya!

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Astro AWANI

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mula Tayangan 11 Oktober, Gegar Vaganza Umum Senarai Peserta Untuk Musim Ketujuh"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*