Baru Jer Menantu Menang Pilihan Raya Sabah, Sekali Ibu Shaheizy Sam Luah Sesuatu

Seperti yang diketahui umum, Datuk Seri Bung Moktar Radin telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan selepas memenangi pilihanraya di Sabah baru-baru ini.

Ahli Keluarga Tumpang Gembira 

Kemenangannya itu turut menggembirakan ahli keluarganya yang dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah termasuklah dari ibu mertuanya yang juga pelakon veteran, Khaty Fauziah.

Khaty Fauziah Gembira 

Menerusi akaun Instagram miliknya, Khaty meluahkan rasa syukur selepas doanya dan ahli keluarga dimakbulkan. Malah dia turut mengucapkan tahniah buat menantunya itu atas kemenangan tersebut.

“Alhamdulillah.. Tahniah MENANTUKU !! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa-doa mommy, semua ahli keluarga, sahabat-sahabat handai, rakan-rakan taulan serta penyokong-penyokong di atas kemenangan.

“Dan seterusnya perlantikan DS @bungmoktar sebagai Tim. Ketua Menteri menteri Sabah (1) merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan,” tulisnya

Untuk rekod, suami kepada pelakon Datin Seri Zizie Izette itu telah menewaskan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Ismail Ayub dalam persaingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan perolehan 3,035 undi majoriti.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : murai.my

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Jer Menantu Menang Pilihan Raya Sabah, Sekali Ibu Shaheizy Sam Luah Sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*