“Tak boleh paksa post gambar tak sepatutnya… nampak burvk dekat IG aku nanti” – Nabila Huda

TINDAKAN segelintir selebriti memuat naik reviu produk atau iklan memaparkan wanita s3ksi menimbulkan rasa kurang senang segelintir netizen di laman sosial.

Dalam hal ini, pelakon Nabila Huda, 35, berkata dia lebih selektif dan hanya memilih produk bersesuaian yang akan dimuat naik di Instagram (IG) miliknya.

“Kalau tengok di Instagram saya, tak banyak reviu sebab saya kawal benda itu. Kita faham orang bisnes tapi dalam hal ini lebih baik kalau kita tak terima gambar yang mereka bagi.

“Sebenarnya kita yang kawal laman sosial kita sendiri contohnya kalau iklan besarkan payvdara jang4nlah post gambar itu pula.

“Macam saya kalau orang nak suruh review saya boleh sahaja tapi mereka kena ikut cara saya dan tak boleh paksa post sesuatu gambar yang tak sepatutnya… nampak burvk dekat IG aku nanti!,” katanya kepada mStar.

Nabila guna Instagram sebagai platform berkongsi kehidupannya bersama keluarga dan kerja.

Sebelum ini beberapa orang selebriti popular termasuklah instafamous telah memuat naik video di Instagram memaparkan iklan produk untuk wanita.

Tind4kan mereka itu menerima kec4man netizen sehinggakan ada yang menegvr supaya menyemak dan menapis produk terlebih dahulu sebelum membuat ulasan.

 

Media sosial ini adalah tempat peminat nak dekat dengan kita, kalau terlalu banyak review orang akan bosan.

NABILA HUDA

PELAKON

Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Amy Search ini berkata dia lebih selesa menjadikan media sosial sebagai platform untuk berkongsi perkembangan peribadi dan karier seninya.

“Kita faham sesetengah orang guna IG untuk tambah pendapatan dan rezeki… macam saya cuma nak kongsi kehidupan dan pekerjaan, saya hadkan perkongsian di media sosial dan kalau perlu kongsi saya akan kongsi.

“Media sosial ini adalah tempat peminat nak dekat dengan kita, kalau terlalu banyak reviu orang akan bosan.

“Tapi mungkin ada sesetengah orang jadikan reviu itu sebagai kerjaya mereka… terpulanglah, masing-masing ada pendirian sendiri,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

The sun loves me..💛

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu) on

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Tak boleh paksa post gambar tak sepatutnya… nampak burvk dekat IG aku nanti” – Nabila Huda"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*