Macam Tak Percaya! Gambar Anak Lelaki DS Rossa Jadi Buah Mulut Netizen

Membesarkan anak selepas berpisah dengan suami merupakan tugas yang luar biasa buat wanita. Penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri (DS) Rossa turut membesarkan anak tunggal kesayangannya sendirian selepas berpisah dengan suaminya, drummer kumpulan Padi iaitu Yoyo pada tahun 2009.

Foto: Instagram @itsrossa910
Foto: Instagram @itsrossa910

Walaupun mempunyai tubuh yang kecil, nyata penyanyi lagu Pudar ini telah berjaya mendidik anak lelakinya, Rizky Langit Ramadhan yang lahir pada 3 Oktober 2006 dengan sempurna. Melihat foto perkongsian DS Rossa di laman media sosialnya jelas terpancar hubungan akrab dengan anaknya yang kini meniti usia 14 tahun. “Love of my life,” coret DS Rossa penuh makna.

Foto: Instagram @itsrossa910
Foto: Instagram @itsrossa910

Berpeluang berkunjung ke kediaman milik DS Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani ini merupakan momen yang diidam-idamkan. Kelihatan dari jauh banglo milik figura yang terkenal ini begitu mewah umpama sebuah resort. Menelusuri kediaman 5 bilik ini merupakan momen yang berharga.

Foto: Instagram @itsrossa910

Datuk Seri Rossa menghuni kediaman ini bersama anaknya, Rizky dan bersama beberapa orang pembantu. Sempat mengajukan soalan cepumas pada DS Rossa bilakah ingin membina masjid buat kali kedua, ini balasnya, “Soal jodoh saya serahkan pada Tuhan saja.

Foto: Instagram @itsrossa910
Foto: Instagram @itsrossa910

Siapalah kita untuk menidakkan ketentuan yang datang dari-Nya, saya terima dengan hati yang terbuka. Saya tidak kisah siapa gerangan jodoh saya itu asalkan dia boleh menerima saya dan anak saya Rizky seadanya.

Anak saya juga tidak pernah menjadikan perkara ini sebagai isu yang besar. Dia sangat rapat dengan saya. Dia juga tidak pernah meminta pengganti bapa baru dan hidupnya sudah selesa bersama saya,” ujar Datuk Seri Rossa tenang.

Apabila ditanya tentang rahsia kecantikannya, “Sejujurnya, saya tidak mempunyai rutin kecantikan yang terlalu complicated. Saya mengamalkan penjagaan wajah yang ringkas sahaja. Namun, apa yang pasti, saya akan mencuci muka pada waktu pagi dan juga malam. Saya tidak akan tidur dalam keadaan muka yang bermekap.

Saya tidak mempunyai sebarang petua nenek moyang yang diamalkan untuk menjaga kecantikan. Namun, jika saya jatuh sakit, saya akan amalkan minum air rebusan daun saga dan daun kencur untuk mengembalikan kesihatan serta stamina. Saya juga ada mengambil supplemen untuk menambah tenaga untuk kekal aktif.

Saya juga bukan seorang yang kerap ke gim untuk bersenam. Saya hanya melakukan senaman treadmill di rumah, selama setengah jam. Semudah itu sahaja. Dari segi pemakanan, saya makan semua jenis makanan. Namun, jika sampai satu tahap saya merasakan berat badan kian bertambah, saya akan cuba kawal pemakanan contohnya kurangkan manis dan lebihkan buah-buahan,” tutur Datuk Seri Rossa sambil tersenyum.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : nona

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Macam Tak Percaya! Gambar Anak Lelaki DS Rossa Jadi Buah Mulut Netizen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*