“Saya betul-betul kec3wa…”- Elizabeth Tan

PENYANYI Elizabeth Tan melu4hkan rasa terk1lan dengan kecuaian pihak pengeluar baju jenamanya kerana g4gal melakukan semakan kualiti sebelum menghantar kepada pembeli.

Menurut Elizabeth, ketiadaan label jenamanya adalah kecu4ian besar memandangkan dia mengeluarkan modal yang tinggi dalam memastikan pakaian jenamanya memenuhi standard

“Sekarang saya betul-betul kec3wa selepas sedar pihak itu tak letak tag jenama kat bawah baju. Ia sepatutnya ada tag.

Elizabeth kecewa pihak pengeluar tidak melakukan kerja dengan betul.

“Dia janji nak QC (kawalan kualiti) dan dah janji kat saya untuk QC semua. Saya bayar dia banyak… modal saya bukan sikit,” katanya.

Elizabeth menerusi video yang dimuat naik di laman sosial miliknya tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir ketika berkongsi perkara itu.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi pujukan daripada netizen yang berharap penyanyi lagu Knock Knock itu bersabar dengan apa yang terjadi.

 

Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya.

ELIZABETH TAN

PENYANYI

 

Malah, ada juga segelintir netizen yang meminta penyanyi berusia 30 tahun itu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pihak tersebut.

Dalam pada itu Elizabeth memberitahu pembeli yang mahu wang mereka dikembalikan boleh memohon kepada pihak pihak laman e-dagang yang menjual bajunya.

Elizabeth turut memohon maaf kepada pembeli atas kesilapannya kerana tidak melakukan pemeriksaan dengan betul disebabkan terlalu mempercayai pihak lain.

Elizabeth memohon maaf atas kesilapannya.

“Saya tak nak menangis… saya nak beritahu yang sesiapa mahukan refund, anda boleh mohon dan mereka akan memulangkannya bersama baucar tambahan.

“Saya minta maaf sangat kerana saya tidak betul-betul buat QC. Saya nak yang terbaik untuk anda tapi rupa-rupanya saya tersalah mempercayai orang lain.

“Saya minta maaf dan terima kasih sebab menyokong saya,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya betul-betul kec3wa…”- Elizabeth Tan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*