Sekolah Ditutup

Semua sekolah yang ditadbir Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) – termasuk di negeri yang tidak dikenakan perintah kawalan pergerakan bersyarat – akan ditutup mulai esok sehingga hari akhir persekolahan.

Perkara itu diumum Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin pada pagi ini.

Katanya pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) yang dikuatkuasakan mulai esok menyebabkan 74 peratus sekolah di bawah KPM ditutup.

Hanya sekolah di Kelantan, Perlis, Pahang dan Sarawak yang tidak terkesan dengan pelaksanaan PKPB berkenaan.

Justeru kata Radzi KPM mengambil keputusan untuk menutup semua sekolah kelolaan mereka sehingga hari akhir jadual persekolahan yang ditetapkan sebelum ini iaitu 17 atau 18 Dis.

Pun begitu, kata menteri kanan terbabit, proses pengajaran dan pembelajaran akan diteruskan melalui kaedah atas talian atau home based learning (pembelajaran di rumah) mengikut kesesuaian pelajar.

Peperiksaan SPM, SPVM Ditunda, Akan Bermula Pada 22 Februari 2021

Kerajaan bersetuju untuk menunda tarikh peperiksaan SPM dan SPVM pada tarikh 22 Februari 2020. Manakala untuk peperiksaan STPM mula akan bermula pada 8 Mac 2021.

Sidang media Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Malaysia Kini / Siakap Keli

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Sekolah Ditutup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*