Mimpi Jumpa Tok Guru

Umum mengetahui pengacara jelita Neelofa kini tampil dengan imej berniqab, beberapa minggu sebelum berita sensasi beliau dirisik oleh pelakon dan pendakwah, PU Riz.

Namun kisah beberapa tahun sebelum itu juga tidak kurang menarik untuk dikongsikan ketika awal penghijrahan Neelofa yang mula berhijab pada tahun 2014.

Apa yang mencvri tumpuan, Neelofa berpeluang bertemu dengan bekas Menteri Besar Kelantan, Almarhum Datuk Nik Aziz Nik Mat tidak lama selepas beliau mula mengenakan hijab.

Neelofa berkongsi pengalaman menziarahi Tok Guru Nik Aziz dalam satu temubual anjuran Kerajaan Negeri Kelantan yang telah berlangsung pada 12 September 2014.

Mimpi jumpa Tok Guru Nik Aziz

Menurut Neelofa, dia telah bermimpi bertemu Almarhum Tok Guru semasa 27 Ramadhan.

Di dalam mimpi itu, Neelofa berada di dalam sebuah masjid berpermaidani warna hijau.

Neelofa duduk bersila bertentangan dengan Tok Guru Nik Aziz dan bercakap dengannya.

Tetapi apa yang dicakapkan itu, Neelofa tidak tahu. Lalu, dia terus tersedar dalam keadaan hati berdebar dan terus menghubungi orang yang boleh menemukannya dengan Tok Guru.

Pada hari raya, Neelofa mendapat kesempatan bertemu dengan Tok Guru.

” Dia kata Tok Guru tengah skit sangat tak boleh jumpa. Tapi akhirnya rezeki pada hari raya ke empat macam tu dia call suruh datang rumah Tok Guru jam 3 petang.

” Masa pergi itu, memang Tok Guru sangat lemah ketika itu. Tapi walaupun tengah lemah, dia masih lantang bersuara dan apa yang diperkatakannya itu jelas dan terang.

Ini pesanan Tok Guru kepada Neelofa

” Dan dia cakap pada saya, dunia ini hanya pinjaman Allah SWT pada kita, apa yang kamu ada sekarang, apa yang kamu miliki, kamu makan, kamu pakai, rumah kamu hanyalah pinjaman daripada Allah

” Tok Guru juga berkata, semua bila menjalani hidup seharian tidak sedar bahawa apa yang kita miliki adalah kepunyaan Allah SWT. Jadi disebabkan lalai tentang ingatan itu, banyak benda-benda yang tidak baik kita lakukan.

” Itu antara yang saya boleh rumuskan, banyak lagi yang Tok Guru ceritakan sebenarnya tapi itu yang pertama keluar dari mulut Tok Guru.” akhiri Neelofa.

Sementara itu, gambar pertemuan Neelofa dan Almarhum Tok Guru itu telah dimuat naik oleh Neelofa di laman sosial Instagram miliknya.

” Lets put politics aside…I felt so lucky to have opportunity to meet him in person yesterday at his house. Love listening to what he had to say and he also gave me valuable advices regarding istiqamah.” tulis Neelofa.

Neelofa ketika itu berharap pertemuannya dengan Alhamarhum bekas Menteri Besar Kelantan ketika itu tidak dipolitikkan.

Apa salahnya kalau kunjung mengunjung sempena Syawal yang mulia. Apatah lagi dapat berbual dengan tokoh yang memiliki ilmu agama yang tinggi.

Alhamdulillah, mungkin juga ingatan dari Tok Guru enam tahun lalu masih diingati oleh Neelofa sehingga sekarang dan hatinya telah terbuka untuk berniqab.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : https://www.asiakini.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Mimpi Jumpa Tok Guru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*