Isteri Gduh Dgn Mak Mentua, Lalu Suami Craikan Isteri Sbb Tak Tahan. Masa Nak Balik Suami Sempat Bagi Ayat Ini

Haritu ada klien kes c3rai. Menantu perempuan gduh dengan mak mertua, si suami tak tahan lalu c3raikan isterinya. Iyelah, nak c3raikan mak memang tak boleh la kan.

Tak pasal-pasal dapat status anak drhaka pulak nanti. Tapi nak buang 1, maka buanglah isteri.

Mereka dah kahwin 12 tahun, ada 3 anak. Sejak kawin mereka memang tinggal bersama parent lelaki sbb si lelaki adalah anak tunggal.

Masa nak balik, si suami sempat cakap “kenapa lelaki boleh hidup dlm keluarga mertua tapi perempuan tak boleh? Sebab perempuan cerewet!

Semua nak menang,” katanya sambil berlalu pergi meninggalkan pejabat kami dengan riak kesal.

Terfikir jugak. Memang betul apa yang dia kata. Jarang kita dengar menantu lelaki berselisih faham dengan mertuanya kalau tinggal bersama.

Tapi selalu kita dengar menantu perempuan berselisih faham dengan mak mertua mahupun ipar duai jika tinggal bersama. Hmmmm…… Di mana silapnya? Menantukah? Mertuakah? Suamikah? Isterikah? Lelakikah? Atau perempuankah?

Tapi kalau difikirkan sedalamnya, menantu lelaki nak berselisih faham dengan mertua mengenai apa? Potong bawang salah? Masak nasi lembik sgt? Masakan masin? Kopi tawar? Tak pandai masak? Tak pandai lipat kain? Tak pandai jaga anak? Tak pandai jaga isteri? Tak pandai kemas rumah? Tak pandai itu? Tak pandai ini? Takde satu pun menantu lelaki terlibat dlm hal ni.

Cukuplah andai dia boleh bekerja & menyara hidup anak isteri.

Sedangkan kalau menantu perempuan, terlalu banyak perkara remeh yang nak dipertikaikan. Itu tak betul, ini tak betul. Sentiasa nak menantu tu ikut cara famili suami sedangkan dia dibesarkan dlm keluarga yang lain, yang mungkin dari cara hidup yang tak sama.

Nak pula ada ipar duai yang ada perasaan cemburu kerana ada perempuan lain masuk dlm familinya.

Suami pulak, bila isteri mengadu, marahkan isteri. Dikatakan isteri tanak bertolak ansur. 12 tahun masih lagi isteri tak bertolak ansur???

Sebelum kahwin boleh, kenapa sekarang tak boleh

Mulalah ungkit. “Dulu masa belum kahwin, saya dah kata bahawa kita akan tinggal dengan mak saya dan awak setuju. Sekarang kenapa tak boleh pulak?”

Haaa…… siapa kata lelaki tak pandai mengungkit? Tapi suami lupa bahawa masa nak kahwin dia pun berjanji takkan abaikan isteri walaupun tinggal dengan maknya?

Bila isteri berselisih faham dengan mak, suami keluar rumah. Lepak dengan kawan. Malas masuk campur dengan harapan nanti ok la tu. Lepas tu kata serba salah, dua2 pun sayang. Tak tau nak back up siapa. Huh!

Sebab tu digalakkan pasangan yang dah berkahwin, tinggallah berasingan dari keluarga. Bukan nak buang keluarga tapi demi menjaga keharmonian keluarga.

Biarlah susah, makan nasi dengan kicap je . Takpe, asalkan hati tak susah. Jika anak tunggal, carilah rumah yang dekat.

Ziarahlah ibubapa selalu. Mula2 akan ada bunyi sbb sanggup tinggalkan mak ayah lepas kahwin. Lama kelamaan akan ok bergantung kpd bagaimana layanan kita pd mak ayah. Itu lebih baik dari mula2 manis tapi lama2 jadi pahit.

Cuba selidik balik kenapa Hawa dicipta? Adalah utk menemani Adam. Bukan menemani org lain, bukan menemani anak Adam sekalipun.

Perempuan dicipta dengan hati yang halus. Agar hatinya penuh kasih sayang. Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tetapi perempuan tak boleh? Kerana mereka dicipta sbg pemimpin yang mampu melindungi.

Mereka sepatutnya mampu berlaku adil. Tapi perempuan tak mampu lakukan apa yang lelaki mampu kerana ciptaan dan tujuan ciptaan perempuan tak sama.

Jika semua insan faham kenapa setiap ciptaan Tuhan itu begitu dan begini , tiada perkara yang tak boleh diselesaikan. Bahkan poligami pun akan jadi manis. Lelaki pasti senyum kalau cakap begini kan?

Kpd para lelaki, sila baca sejarah.

Sekian….

Sumber:FB Farizal Radzali

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : https://www.asiakini.com/2020/11/14/masa-balik-suami-sempat-cakap/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Isteri Gduh Dgn Mak Mentua, Lalu Suami Craikan Isteri Sbb Tak Tahan. Masa Nak Balik Suami Sempat Bagi Ayat Ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*