“Hidung besar mcam Zizan” – Selamat timang bayi lelaki, foto Emma bersama anak jadi buah mulut

Memaklumkan isterinya Emma Maembong telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 8 November lalu, suami kepada pelakon tersebut iaitu Shazlin Azhar tampil mendedahkan gambar cahaya mata sulung mereka di laman Instagram miliknya.

Perkhabaran itu meraih pelbagai kata pujian daripada pengikut pelakon tersebut dan tidak terlepas menzahirkan ucapan tahniah atas anugerah Allah SWT yang tidak ternilai itu.

Malah perkongsian itu juga telah menamatkan segala teka teki dan tanda tanya peminat mengenai desas-desus isterinya dilaporkan sudah bersalin oleh beberapa portal media semalam.

Rentetan itu, sebaik sahaja pihak kami berkongsi semula foto zuriat mereka di laman Facebook BeautifulNara, ramai dalam kalangan netizen dilihat tidak henti-henti memuji kecomelan bayi tersebut.

Selain menitip kata-kata pujian, ada pula yang tampil bersuara dan mengutarakan pendapat bahawa hidung anak lelaki mereka mirip bekas teman lelaki Emma iaitu pelawak Zizan Razak.

Bagaimanapun, wujud segelintir pihak seakan menyelar kenyataan itu dan menyatakan bahawa bayi tersebut mengikut rupa paras bapanya yang berhidung mancung.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Emma Maembong sudah selamat bersalin dan mengadakan majlis doa selamat serta aqiqah bayi mereka.

Untuk rekod, Emma telah sah berkahwin dengan Shazli di sebuah premis acara di Bukit Damansara, pada 20 Februari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: beautifulnara

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Hidung besar mcam Zizan” – Selamat timang bayi lelaki, foto Emma bersama anak jadi buah mulut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*