“Sedih Tapi…” Intan Saleh Bekas Madu Izreen Sampai ‘Menangis’

Sekitar Mac 2018 yang lalu, nama Intan Liana Saleh dan pemuzik Ude telah menjadi sebutan ramai netizen sehingga kemelut rumah tangga mereka mendapat perhatian banyak media tempatan.

Namun selepas semua isu selesai, masing-masing membuat haluan sendiri dan bina kehidupan yang lebih sempurna berbanding sebelumnya tetapi siapa sangka sebenarnya ada yang masih terbuku di dalam hati.

Pada 18 November lalu, Intan atau mesra disapa dengan panggilan Bonda ada memuat naik satu video pendek menunjukkan dia sedang menangis tetapi tidak diberi tahu sebab mengapa ia berlaku.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by انْتَان لِيَانَا بِنْتِ صَالِح (@__iiiintan.saleh)

Berserta caption ringkas, ia telah membuatkan ramai berasa bimbang serta ada juga yang turut memberi kata-kata semangat terhadap ibu kepada dua orang cahaya mat ini.

I am tired of hiding everything inside me.

Ada yang meninggalkan komen supaya Intan menjauhkan diri sebentar daripada social media dan kurangkan untuk berkongsi tentang kehidupan peribadi.

Tetapi menurut Intan, social media merupakan medium untuk dia kongsikan tentang anak dan keluarga serta ia juga merupakan tempat dia mencari rezeki.

Selepas kemelut rumah tangganya mendapat perhatian, Intan telah menerima banyak tawaran untuk menjadi model beberapa produk kecantikan dan juga pakaian.

Pada 18 November lalu, Ude dan Izreen Azminda terlebih dahulu menyambut hari lahir Arish Muqri iaitu anak hasil perkahwinan Intan dan bekas suaminya itu, kemungkinan itu yang membuatkan dia berasa sebak.

Beberapa netizen menganggap apa yang dihadapinya ada kena mengena dengan hal peribadi bersama dengan pihak di sebelah sana dan mereka berharap Intan akan terus kuat untuk anak-anak.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : HOT.FM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sedih Tapi…” Intan Saleh Bekas Madu Izreen Sampai ‘Menangis’"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*