“Saya Bukan Mulut Masin, Tapi Saya Otak Masin” – Farahdhiya

Kita sering dinasihatkan agar sentiasa menjaga tutur kata sekiranya ingin bertutur akan sesuatu perkara.

Hal ini kerana bimbang sekiranya apa yang diperkatakan itu menjadi kenyataan, terutamanya apabila ia melibatkan percakapan yang tidak elok.

Orang tua-tua kata, mulut masin!

Bagaimanapun, lain pula kisahnya dengan pelakon dan penyanyi Farahdhiya yang merasakan bahawa dirinya bukanlah seorang yang sering berdepan dengan situasi mulut masin.

Sebaliknya, pelakon berusia 35 tahun itu mend4kwa dirinya lebih cenderung untuk berdepan kej4dian yang berlaku dengan apa yang sering terlintas di fikirannya.

“Saya bukan mulut masin, tapi saya ni otak masin. Biasanya, apa yang saya fikir benda itulah yang sentiasa betul terjadi

“Tak berkata apa-apa pun, tapi yang terlintas di kepala inilah yang selalu menjadi kenyataan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Bahkan, menurut Farahdhiya, keadaan tersebut secara tidak langsung adakalanya membimbangkan dirinya.

“Takut juga kalau situasi bila fikir-fikir sendiri, nanti betul-betul memang terjadi.

“Contohnya kalau saya jumpa orang, terfikir orang ni tak jujur, nanti adalah ins1den yang berlaku betul nak tunjukkan orang tu begitu,” katanya yang kini muncul dengan filem berjudul Mulut Masin.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by farahdhiya_fd (@farahdhiya_fd)

Bercakap mengenai filem yang sudah ditayangkan sejak 19 November itu, kata Farahdhiya, naskhah tersebut merupakan kerjasama sulungnya bersama pengarah Razaisyam Rashid.

“Dalam cerita itu, saya memegang watak sebagai Mak Ngah yang merupakan isteri kepada Aloy Paradoks dan mempunyai dua orang anak kecil,” katanya.

Selain Farahdhiya, filem Mulut Masin menampilkan pelakon kanak-kanak, Jay Nazif, Danishn Hazriq, Muzayyin Mahyuddin dan Cassia Iman sebagai teraju utamanya

Naskhah terbitan Astro Shaw itu turut menampilkan pelakon Lan Pet Pet, Datin Maria Farida, Aloy Paradoks, Khatijah Tan dan ramai lagi.

Jadi, bagi anda yang belum menontonnya, jangan lupa saksikan Mulut Masin di pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 hari ini.

Setiap langganan, anda berpeluang menyaksikan filem tersebut berulang kali dalam tempoh 48 jam.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya Bukan Mulut Masin, Tapi Saya Otak Masin” – Farahdhiya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*