Anak Ded4h Kenapa Bapanya Kecewa Sampai Tahap Nak Pencen

SUSULAN gelombang ketiga Cov1d-19 di negara ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membuat keputusan menutup semua sekolah di seluruh negara dan semua guru beralih kepada kaedah Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam talian.

Namun kegigihan seorang guru untuk mengendalikan kelas bagi subjek Seni Reka Tanda (MSV) secara online ternyata sia-sia apabila kesemua pelajarnya tidak munculkan diri pada masa yang ditetapkan.

Kisah sed1h menimpa Mustakim Bajoori, 54, yang sudah mengajar di sebuah sekolah menengah dekat Kuala Selangor selama 32 tahun dikongsi anaknya, Nur Nuha Narisya di Twitter sehingga menjadi tular.

Perkongsiannya itu mendapat lebih 15,000 ulang kicau dan 30,900 tanda suka daripada netizen.

Menurut Nur Nuha Narisya, keadaan itu berlaku sejak sesi pembelajaran secara online dilaksanakan pada pertengahan Oktober lalu dan berlarutan sehingga hari ini.

Mustakim setia menunggu pelajarnya tetapi mereka tidak munculkan diri semasa kelas dalam talian pagi Rabu lalu.

“Sebenarnya dari start Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor pada pertengahan Oktober lalu lagi dah jadi macam ni. Kadang pernah ada seorang je, paling ramai pun satu hari tu lima orang daripada 18 pelajar. Kesemuanya pelajar tingkatan lima.

“Masa tu tengok abi masih boleh gelak-gelak lagi sebab kaedah tu masih baru. Dia pun macam OK lagi. Tapi hari demi hari makin lama saya nampaklah perubahan kat muka dia. Pagi Rabu lepas pun abi tunggu punya tunggu dari pukul 8.30 pagi sampai 9 lebih pun tak ada siapa masuk lagi.

Tapi bila abi baca komen-komen netizen dia kembali kuat dan bersemangat. Lebih mengejutkan murid-murid yang tak pernah tunjuk muka tu pun tiba-tiba WhatsApp abi minta maaf.

NUR NUHA NARISYA MUSTAKIM

Anak

“Tengok je muka abi saya pun sedih. Dia siap call student dia seorang demi seorang, tu pun diaorang tak angkat. Ada juga yang matikan phone, lepas tu ada yang kata diaorang kerja sebab tu tak boleh masuk kelas,” katanya kepada mStar.

Simpati dengan bapanya, Nur Nuha Narisya atau mesra disapa Nuha bertindak menyertai kelas tersebut pada pagi Rabu lalu.

“Ayah akan buat Zoom dekat ruang tamu. Setiap kali tu dia akan link dekat skrin TV. Bila dia pandang laptop kami boleh nampaklah muka dia kat TV. Bila tak ada orang masuk, dia tunggu tenung je laptop tu, menitik jugalah air mata saya.

Nuha menyertai kelas dalam talian bapanya pada pagi Rabu lalu.

“Tapi ayah tetap berprasangka baik pada student dia. Dia cakap mungkin link yang saya buat tu salah sebab tu student dia tak boleh masuk. Jadi saya pun try masuk… memang dapat. Bila dah join class tu nampaklah abi gelak sikit.

“Mak pun cikgu, dia ajar Form 6 tapi semua student dia join class. Mungkin sebab mak garang kot. Abi dulu pun gar4ng, sampai dengar tapak kaki dia pun student dah takvt. Bila dah meningkat usia ni dia dah berubah, ” katanya.

Jelas gadis berusia 20 tahun itu, dia berkongsi perkara tersebut di Twitter sekadar ingin meluahkan perasaan sedih seorang anak terhadap bapanya.

“Waktu tu saya terlalu emotional sebab terlampau sed1h. Abi punyalah excited belajar cara-cara nak guna Zoom dan Google Meet tapi lain pula jadinya. Di mana rasa hormat pelajar kepada gurunya?

“Saya hanya meluahkan apa yang saya rasa sebab tak sanggup lihat abi diperlakukan sebegitu, tak sangka pula tiba-tiba viral,” katanya.

Tweet Nuha mengenai kisah bapanya menjadi tul4r sehingga mengvndang seb4k netizen.

Namun Nuha berkata dia terkejut dengan respons netizen dan pelajar bapanya sejurus kisah tersebut tular di media sosial.

“Semalam Abi drive sambil nangis sebab terharu sangat-sangat. Satu Malaysia mendoakan dia. Dia ada cakap tadi dia dah tak semangat nak mengajar dan sampai satu tahap nak pencen dah.

“Tapi bila abi baca komen-komen netizen dia kembali kuat dan bersemangat. Lebih mengejutkan murid-murid yang tak pernah tunjuk muka tu pun tiba-tiba WhatsApp abi minta maaf.

“Mereka janji nak join class nanti, tu yang abi nangis. Mungkin pelajar tu terkesan bila baca kisah sedih yang saya tulis tu,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Mstar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak Ded4h Kenapa Bapanya Kecewa Sampai Tahap Nak Pencen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*