Rasa Tak Percaya

Pelakon Elfira Loy meluahkan rasa gembira kerana perniagaan sambal yang diusahakannya semakin berkembang. 

Elfira turut mengucapkan syukur kepada Allah serta berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong perniagaannya itu.

“Terima kasih Allah kerana membuka satu lagi pintu untuk rezeki keluarga kami, Alhamdulillah.

“Terima kasih juga kepada anda semua yang menyokong @dapuqenak, rasa tak percaya kami telah menjual dua ribu balang dalam masa dua minggu, ia berkembang hari demi hari,” tulis Elfira di Instagram.

Dalam pada itu, ibu kepada Muhammad Rayan Khalaf ini turut gembira kerana ada orang yang boleh menjana pendapatan menerusi perniagaannya itu.

“Gembira juga dapat tengok orang boleh buat duit menerusi perniagaan ini, ini bukanlah niat saya tapi banyak kakak kakak abang saya yang kenal cadangkan untuk besarkan,” tulisnya lagi.

Perkongsian itu mendapat perhatian dari para pengikut Elfira di ruangan komen.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah dan turut bersyukur melihat pencapaian terbaru Elfira itu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @elfiraloy

KOMEN NETIZEN :

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Rasa Tak Percaya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*