Komen Suami TokTi

Berita mengenai penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin yang kini berbadan dua mencvri tumpuan ramai sejak semalam.

Dalam pada itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih mesra disapa Datuk K menyambut berita kehamiIan isterinya itu dengan penuh kesyukuran.

Tiada apa yang membahagiakan usahawan itu selain daripada melihat sinar kebahagiaan yang terpancar pada wajah isteri yang dinikahinya pada 14 tahun lalu.

Dua tahun lalu, pasangan popular itu ditakdirkan menimang cahaya mata sulung selepas usia perkahwinan mereka mencecah 11 tahun.

Kehadiran Siti Aafiyah pada ketika itu melengkapkan impian Siti Nurhaliza dan Khalid untuk memiliki cahaya mata selepas sekian lama menanti.

Dan pada 2021, Siti Nurhaliza yang juga artis popular tanah air dijangka menambah seorang lagi ahli keluarga baharu selepas disahkan hamiI.

Kepada Khalid, rezeki yang Allah takdirkan adalah anugerah yang terlalu agung nilainya.

Apa lagi untuk menerima anak kecil ketika usianya bakal menginak 62 tahun pada 19 Februari depan merupakan rahmat yang sukar diterjemah dengan kata-kata.

Bayi yang dijangka dilahirkan Siti Nurhaliza, 41, sekitar April depan merupakan zuriat keenam buatnya (empat orang anak menerusi perkahwinan pertama) yang dianggapnya amanah yang harus dijaga dengan penuh kasih sayang.

Menimang cahaya mata di usia 62 tahun

” Menimang anak kecil pada usia 62 tahun memang satu hal yang sukar untuk dijangkakan oleh sesiapa, namun, saya sangat bersyukur kerana Allah memilih untuk kurniakan saya rezeki cahaya mata lagi.

” Memandangkan kurniaan ini adalah amanah, maka saya berjanji pada diri sendiri untuk memberi sepenuhnya perhatian dan mendidik serta membesarkannya dengan penuh tanggungjawab,” kata Khalid kepada Astro AWANI dalam satu perbualan pada Selasa.

Menyedari kehamiIan Siti Nurhaliza kali ini lebih mencabar, justeru usahawan itu berkata, beliau kini meluangkan lebih banyak masa dengan isterinya itu dan memberi sepenuh perhatian kepadanya.

Banyak melekat di rumah dengan Tokti

” Saya pun makin jarang keluar, banyak masa melekat di rumah dengan Siti (Nurhaliza) dan melayan keletah Siti Aafiyah.

” Saya sedar Siti banyak memerlukan perhatian daripada saya, jadi lebih elok saya luangkan masa bersama-sama isterin dan Siti Aafiyah,” ujar Khalid lagi.

Kata Khalid, sekalipun akan menerima anak baharu pada usia melepas enam dekad, itu tidak memberi sebarang masalah besar buatnya kerana beliau secara peribadi sudah berpengalaman mengasuh anak-anak lain sebelum ini.

Bahkan, jelas beliau, keseronokan melihat anak-anak membesar di depan matanya adalah nikmat yang tidak boleh diukur dengan wang ringgit.

” Anak-anak adalah pelengkap kebahagiaan sesebuah rumah tangga. Seperti yang saya katakana, saya amat bersyukur kerana Allah memberi peluang kepada saya untuk menambah anak lagi pada usia sebegini,” katanya.

Pada Selasa, Siti Nurhaliza mengumumkan, beliau kini sedang hamiI anak kedua menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF).

Penyanyi lagu Aku Bidadari Syurgamu itu berkata, beliau dan suaminya terbuka menerima sama ada bayi lelaki atau perempuan menerusi kehamiIan kali ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/01/tokti-hamii-lagi-suami-bersuara/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Komen Suami TokTi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*