Hidup Atas Ihsan Ramai Dan Tidak Mampu Lagi Bekerja, Ini Keadaan Sazali P. Ramlee. Sehinggalah FINAS Datang

” Sak1t pen1ng memang kami saling menjaga di antara satu sama lain,”

Demikian luahan anak lelaki Allahyrham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 62, yang kini berada dalam keadaan kurang sihat.

Menurut Sazali, keadaan itu dialaminya selepas terbabit kmIangan pada Disember tahun lalu.

Sazali yang ketika ditemui berkata, dia yang kini dikategori sebagai Orang Kelainan Upaya (0KU) tidak boleh bekerja dan menampung kehidupan dengan bantuan bulanan daripada Pusat Zakat Selangor (PZS) sebanyak RM400 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350.

Bergantung hidup dengan belas ihsan ramai

” Setiap bulan, perbelanjaan saya dan isteri hanya RM750 bergantung sepenuhnya daripada bantuan diberikan PZS dan JKM. Kalau ikutkan, ia tidaklah mencukupi.

” Dalam keadaan sekarang, harga barangan keperluan dapur pun tinggi, ditambah bayaran elektrik dan air, apa yang diharapkan semoga dapatlah jumlah bantuan itu dinaikkan pihak terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

Menurutnya, dia juga memerlukan wang untuk kegunaan pengangkutan ke hspital di Cheras untuk menjalani pemeriksaan dan r4watan mengikut temujanji ditetapkan doktor.

Katanya, dia dan isteri, Hamidah Hitam, 58, masing-masing ada pnyakit. Pasangan itu juga tidak mempunyai anak sejak mendirikan rumah tangga 32 tahun lalu.

” Selain masalah kaki yang masih belum pulih akibat kmIangan, saya juga ada mngh1dap asma dan drah tinggi.

” Isteri pula mengalami mslah tulang belakang dan pernah menjalani pembed4han pada 2018.

” Sekarang, sakit pening memang kami saling menjaga di antara satu sama lain. Alhamdulillah, saya pun tinggal di rumah pus4ka milik arwh mentua.

” Jadi ada jugalah saudara- mara sebelah isteri membantu kerana tinggal berjiran. Tapi, tak boleh juga selalu nak harapkan orang,” katanya.

Sazali berkata, dia mengharapkan selagi nyawa dikandung badan, nasibnya sebagai waris P Ramlee akan terbela.

Katanya, masalah kesihatan dialami tidak membolehkan dia bekerja lagi.

Pernah kerja Alam Flora 13 tahun lalu

Sebelum ini, Sazali pernah bekerja dengan Alam Flora tetapi sudah berhenti kira-kira 13 tahun lalu apabila syarikat terbabit berpindah operasi ke Putrajaya dan Sazali pula tidak boleh memandu.

Terdahulu, Sazali dikunjungi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Zakaria Abdul Hamid di kediamannya menerusi Program Ziarah Finas Prihatin 2.0 anjuran badan kerajaan itu melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Industri, Kebajikan dan Data Industri.

Zakaria berkata, usaha ziarah itu bagi menghulurkan sedikit sumbangan kepada selebriti veteran dan waris penggiat seni tanah air berikutan penularan pndemik COVl1D-19 ketika ini yang ramai orang terjejas pendapatan.

Pada kunjungan itu, Zakaria menyerahkan bantuan kewangan, barangan keperluan dapur dan kerusi roda untuk kegunaan pergerakan Sazali yang selama ini berjalan menggunakan tongkat.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : http://limauais.pw/2020/12/02/keadaan-terkini-sazali-p-ramlee/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Hidup Atas Ihsan Ramai Dan Tidak Mampu Lagi Bekerja, Ini Keadaan Sazali P. Ramlee. Sehinggalah FINAS Datang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*