“Bukan terlelap sambil memandu,” Adik Syafiq Ahmad Tampil Dedah Perkara Sebenar

Nah4s kecel4kaan jalan raya yang membabitkan penyerang JDT, Syafiq Ahmad pada Ahad lalu di KM 163.6 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Sungai Bakap.

Seperti yang diketahui umum, nahas terbabit telah mengorb4nkan bayi yang berusia 22 hari dan ibu mentua Syafiq Ahmad serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Ayah sangkal Syafiq Ahmad terlelap

Sebelum ini, pihak polis melaporkan punca kemal4ngan adalah disebabkan dia ‘terlel4p’ ketika memandu.

Namun, perkara tersebut disangkal oleh ayahnya sendiri Ahmad Ibrahim ketika ditemu ramah media.

Adik n4fi Syafiq Ahmad terlelap

Malah, adik kepada Syafiq Ahmad, Fadhliz turut men4fikan perkara tersebut dan tampil memberikan respon menerusi Instastory di plaftom Instagramnya.

Menerusi posting di IG Story, dia menyatakan atlet berusia 25 tahun itu malah dalam keadaan segar dan sempat berborak dengan kakak iparnya.

Kelibat satu objek hitam panjang melintang di atas jalan

Sebelum terbabas, Fadhliz memberitahu isteri Syafiq telah terlihat kelibat satu ‘objek hitam panjang melintang’ di atas jalan sebelum cuba dielak oleh Syafiq.

Menurut Fadhliz, abangnya ketika itu sama sekali tidak mengantuk dan berkh4yal. Ketika kejadian, Syafiq cuba mengelak satu objek di atas jalan dan dia ketika itu sedang bersembang dengan isterinya.

Pengguna lain turut menceritakan benda yang hampir sama

Tidak berakhir di situ, Fadhliz turut berkongsi satu tweet yang menyatakan terdapat pengguna lain turut menceritakan benda yang hampir sama iaitu melihat sesuatu di lebuh raya tersebut.

Lelaki tersebut juga telah membuat laporan kepada pihak PLUS susulan melihat objek tersebut.

Tiada sebarang laporan polis dibuat daripada mereka sekeluarga

Tambahan pula, Fadhliz turut ‘pelik’ dengan kenyataan daripada pihak media sedangkan sehingga kini tiada sebarang laporan polis yang dibuat daripada mereka sekeluarga.

Tidak berakhir di situ, dia turut menyangkal laporan media yang menyatakan anak saudaranya Aaira, mengalami pend4rahan dalaman di bahagian otak.

Aira selamat dan tidak mempunyai sebarang lvka

Sebenarnya, Aaira selamat dan tidak mempunyai seberang lvka akib4t kemal4ngan dan memberitahu Aaira Nur Saffiyya kini dalam keadaan sihat.

Difahamkan, menerusi keputusan MRI Aaira tidak menunjukkan anak buahnya itu mengalami sebarang keceder4an dalaman yang didakwa media sebelum ini.

Terdahulu, Syafiq memandu dari Johor Bahru menuju ke rumah mentuanya di Pendang, Kedah.

Turut terkorb4n adalah ibu mertuanya 

Kejadian yang berlaku kira-kira empat pagi itu telah mengorbankan ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, Muhammad Aisy Saqeef berusia 22 hari, serta pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 42.

Salam takziah kepada keluarga ini, semoga mereka sekeluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menjalani ujian getir ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Yoy Network

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Bukan terlelap sambil memandu,” Adik Syafiq Ahmad Tampil Dedah Perkara Sebenar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*