“Ingat Tak Pakai Baju” Foto Ameera Khan Buat Netizen Tertanya-tanya

Nama Ameera Khan mungkin telah dikenali di luar sebagai salah seorang model terkenal dari Malaysia yang sering menjadi wajah utama beberapa jenama terkenal.

Selepas menyambut hari lahir yang ke-20 pada 9 Disember lalu, Ameera Khan telah memuat naik beberapa keping foto memakai baju jumpsuit berwarna nude.

Difahamkan gambar itu diambil ketika Ameera menjadi duta bagi produk rambut yang dikeluarkan oleh sebuah jenama tempatan.

Ameera kelihatan melepaskan rambutnya yang ikal mayang sehingga menampakkan kemanisan di wajahnya.

Apabila melihat di rungan komen, ramai netizen meninggalkan bermacam-macam jenis komen di laman Instagram adik kepada pengacara Noor Neelofa itu.

Ada antaranya yang memuji penampilan Ameera yang kelihatan cantik persis supermodel antarabangsa iaitu Kim Kardashian.

Namun ada juga yang mengecam tindakan Ameera memakai baju seakan-akan warna kulit sehingga membuatkan ada yang terfikir gadis berusia 20 tahun itu tidak memakai baju.

Dalam masa yang sama, ada juga yang mendoakan semoga satu hari nanti Ameera akan mengikut jejak kakaknya, Neelofa.

Apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja dan sekali lagi, kami di team HOTFM ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada Ameera Khan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: HOT.FM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ingat Tak Pakai Baju” Foto Ameera Khan Buat Netizen Tertanya-tanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*