Terkejut Tengku Hassanal Buat ‘Part Time’ Jual Nasi Lemak, Hajat Wanita Ham!l 7 Bulan Mengidam Nasi Lemak Tertunai

SEMEMANGNYA sesuatu yang tidak disangka apabila kunjungan ke sebuah gerai nasi lemak menjadi hari paling bertuah buat seorang wanita kerana ditakdirkan berpeluang bertemu Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah.

Lebih mengejutkan apabila Tengku Hasanal sendiri membuat ‘kerja separuh masa’ di gerai tersebut dan membungkuskan nasi lemak untuk pelanggan bertuah itu.

Kenangan terindah itu sewaktu kunjungan baginda ke Kaki5, tumpuan peniaga trak makanan di Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di Kuantan, Pahang, petang Rabu.

Bercakap kepada mStar, pelanggan bertuah itu, Siti Aminah Abu Bakar berkata, ketika itu dia bersama suami dan anak-anak singgah ke trak makanan untuk membeli juadah makan malam.

Nasi lemak ayam goreng untuk hidangan makan malam.

“Waktu tu saya baru habis kerja. Saya ni memang suka sangat makan nasi lemak dan ketika itu mengidam nak makan nasi lemak.

“Saya sampai di gerai lemak tu terlebih dahulu sebelum Tuanku membuat kunjungan ke gerai sama untuk bantu peniaga layan pelanggan.

“Macam-macam perasaan. Rasa gembira, teruja sampai gementar tak terkata. Tak sangka Tengku Hassanal betul-betul depan mata,” kata wanita berusia 35 tahun itu kepada mStar.

Gelagat Kak Siti merakamkan Tengku Hassanal membantu peniaga nasi lemak. Foto ihsan Siti Aminah Abu Bakar

Lebih mesra disapa Kak Siti, ibu tiga anak itu berkata, dia sebenarnya sedang hamil tujuh bulan anak keempat dan dijadualkan bersalin pada Februari tahun depan.

“Kali terakhir saya datang ke kawasan food truck tu adalah tahun lalu. Tiba-tiba saya ajak suami dan anak-anak untuk beli nasi lemak di situ.

“Memang mengidam nasi lemak, tu sebab datang. Tak tahu pula Tengku Hassanal juga akan ke situ. Siap belanja kami lima bungkus untuk anak-beranak, terima kasih banyak-banyak Tuanku,” katanya dengan nada teruja.

Di sebalik kejutan yang tidak disangka-sangka itu, anak kelahiran Kuantan itu juga sebenarnya pernah berkongsi luahannya ketika hamil yang berharap untuk bertemu Tengku Hassanal.

Suami Kak Siti (kiri) bersama dua daripada tiga anaknya merakamkan kenangan dengan Tengku Hassanal (kanan).

“Saya dan suami tiap-tiap hari ulang-alik dari rumah ke tempat kerja, akan lalu dekat kawasan istana. Masa saya mengandung, saya pernah kata teringin sangat nak jumpa Tuanku.

“Tak tahulah kenapa, mungkin sebab Tuanku seorang yang berjiwa rakyat dan comel. Sudahlah saya mengidam nasi lemak, hasrat semasa mengandung untuk bertemu Tuanku juga tertunai. Syukur alhamdulillah,” katanya yang memesan nasi lemak ayam goreng.

 

Pertemuan singkat selama 15 minit memang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila

SITI AMINAH ABU BAKAR

Kak Siti yang merupakan pengurus di sebuah kedai aksesori kereta di Bandar Indera Mahkota, Kuantan menyifatkan Tengku Hassanal mesra rakyat dan begitu merendah diri.

“Pertemuan singkat selama 15 minit memang amat bermakna buat saya. Satu kenangan terindah yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila.

“InsyaAllah jika diizinkan, tak sabar saya untuk ceritakan anak yang saya kandungkan ini mengenai pertemuan dengan Tuanku. Mak mengidam nasi lemak, tuanku tolong bungkuskan untuk mak di gerai,” katanya.

Siti Aminah Abu Bakar.

Pengalaman manis itu turut dirakamkan menerusi telefon bimbitnya selain video dari sudut lain turut dimuat naik di laman instagram Tengku Hassanal @this.7 pada Rabu malam.

“Kepada Tengku Hassanal, terima kasih di atas pengalaman yang cukup bermakna dan belanja kami sekeluarga. Semoga Tuanku sentiasa dimurahkan rezeki.

“Syukur ada rakaman momen ini dari pandangan mata saya sendiri. Tapi sungguh memang nerv0us dan speechless untuk bergambar bersama. Ada gambar saya dari arah belakang pun jadilah,” ujarnya secara berseloroh.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: mStar

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Terkejut Tengku Hassanal Buat ‘Part Time’ Jual Nasi Lemak, Hajat Wanita Ham!l 7 Bulan Mengidam Nasi Lemak Tertunai"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*