Dikh1anati, Hut4ng Ada RM8 Juta

Siapa menjangka karier sebagai selebriti di puncak populariti boleh didatangi musibah. Namun realitinya, dalam apa jua keadaan, ujian pasti boleh melanda.

Begitulah kisah yang berlaku terhadap pelakon Fizo Omar yang pernah menjadi m4ngsa rakan kongsinya sendiri hingga menyebabkan dia jatuh mufl1is.

Dalam Naura Shares episod ke-20 malam ini, Fizo akan berkongsi pelbagai cerita antaranya mengenai zaman awal dia memulakan kerjaya dalam industri seni dan pengalaman pahit dit1pu oleh rakan perniagaan. Pada mulanya, Fizo merupakan seorang pemain bola sepak, kemudian pasukannya mengalami masalah kewangan dan dia tidak mampu untuk menampung ibu dan adik beradiknya.

Selepas itu, Fizo menyertai pertandingan Hero Remaja selepas disuruh oleh seorang rakan, itulah platform Fizo untuk berkembang dalam industri seni.

Dalam pada itu, Fizo turut mendedahkan tentang pengalamannya dikh1anati seorang rakan menerusi sebuah perniagaan.

Ekoran itu, Fizo harus membayar hutang kepada bank sebanyak RM8 juta dan diisytiharkan mufl1is. Akibat kejadian itu, Fizo tidak keluar rumah untuk berjumpa orang, malah, ibu dan adik beradiknya juga turut terkesan kerana orang ramai asyik bertanya.

Namun, Fizo terus bergerak ke hadapan dan dinasihati oleh seorang rakan untuk melupakan kisah hitam itu. Dari situ, Fizo belajar untuk berhadapan masalah dengan mentaliti yang positif agar dapat menemukan penyelesaian.

Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, pukul 9.00 malam di NAURA (saluran 109). Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares turut menampilkan tetamu undangan lain seperti Datuk Chef Wan, Naim Daniel, Datin Alyah dan ramai lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Gempak

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dikh1anati, Hut4ng Ada RM8 Juta"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*