Anak Tiri Selamat Bernikah, Sekali Lisdawati Dedah Apa Yg Berlaku Pagi Tadi

Kuala Lumpur: Penyanyi, Fareez Fauzi selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Nurwathiqah Abdul Wahab, 22, yang diadakan dikediaman pengantin perempuan di Seri Menanti, Negeri Sembilan, pagi, hari ini.

Pada majlis itu, Fareez, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Fareez Hazwan sah bergelar suami dengan hanya sekali lafaz yang disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan.

Fareez yang juga anak kepada pelakon, Fauzi Nawawi menyerahkan mas kahwin RM200 serta lima dulang dan dibalas tujuh dulang daripada pihak perempuan.

Ibu tiri Fareez yang juga pelakon, Lisdawati ketika dihubungi berkata, juara program Mentor Milenia 2016 itu mengakui gementar sebelum majlis nikah dijalankan.

“Pagi tadi selepas solat subuh, dia kata gementar macam nak naik pentas menyanyi. Tapi bapa dia kata banyakkan istighfar. Alhamdulillah, pada upacara akad nikah tadi dia tenang saja. Syukur semuanya dipermudahkan.

“Lagi pula dia dengan bapa pengantin perempuan dan keluarga sebelah sana memang rapat, jadi tidak ada masalah. Buat masa sekarang dia tinggal di sana. Kalau ada urusan kerja di Kuala Lumpur baru dia akan ulang alik,” katanya.

Lisda berkata, Fareez dan pasangannya mengambil keputusan untuk menyegerakan perkara yang wajib.

“Keputusan nak bernikah dahulu daripada mereka. Fareez kalau boleh nak selesaikan yang wajib dahulu. Jadi tidak elok pula ditangguh. Insya Allah, kami merancang untuk mengdakan majlis pada tahun depan iaitu selepas raya. Apa pun segalanya bergantung kepada keadaan semasa negara,” katanya.

Menurut Lisda, ibu kandung Fareez tidak dapat hadir disebabkan berada di Baling, Kedah.

“Mak Fareez memang tinggal di Baling, Kedah. Dia tak boleh datang hari ini. Tapi, Fareez sudah menghubungi ibunya pada awal pagi untuk meminta restu dan memohon doa,” katanya.

Terdahulu, Fareez yang sudah tujuh tahun bercinta dengan Tyqa selamat melangsungkan pertunangan pada 12 September lalu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : Harian Metro

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Anak Tiri Selamat Bernikah, Sekali Lisdawati Dedah Apa Yg Berlaku Pagi Tadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*