Kecoh Michael Ang Komen Kak Ani Nyanyi Tak Sedap, Sekali Mereka Jumpa Depan2

Penyanyi lagenda, Noraniza Idris dan sutradara kontroversi, Michael Ang masing-masing memohon maaf secara terbuka berhubung isu panas mereka sebelum ini.

Menurut Noraniza, tujuan dia ingin bertemu secara empat mata bukan untuk bergadvh tetapi lebih kepada mengenali.

“Saya tak kenal Michael secara peribadi. Saya nak jumpa bukan untuk bergadvh tetapi untuk mengenali

“Kebetulan ada isu saya terpanggil nak jumpa Michael secara peribadi. Harini saya dapat jumpa.

Sebenarnya hati Michael baik,” katanya dalam pertemuan yang berlangsung di bilik media pada majlis Anugerah MeleTOP 2020.

Sementara itu, Michael menegaskan dia menerima segala komen negatif tetapi bukan berkait dengan keluarga dan agama.

“Sejujurnya saya rela hati nak jumpa Noraniza. Saya boleh terima kalau netizen nak komen negatif.

“Tetapi bila sentuh bab agama saya sensitif. Saya tahu bukan dari Noraniza.

“Sesiapa saja yang tulis saya minta maaf. Saya minta maaf dengan Noraniza,” katanya lagi.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta Gegar Vaganza ketujuh menerusi Twitter.

Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat krit1kan ped4s dan negatif daripada pengarah itu.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti.

PUTRAJAYA – Penyanyi Noraniza Idris dan sutradara kontroversi, Michael Ang masing-masing memohon maaf secara terbuka berhubung isu yang terpalit antara mereka sebelum ini.

Kedua-duanya membuat permohonan maaf dalam satu sidang akhbar khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebentar tadi sewaktu berlangsungnya majlis Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020).

“Dalam peluang dan ruang ini, saya ingin memohon maaf secara terbuka kepada Michael atas segala apa yang berlaku sebelum ini.

“Selepas ini saya akan pastikan peminat saya mengawal tutur kata dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sensitif seperti isu rasis,” tutur Noraniza Idris memulakan maaf.

Sejurus permohonan maaf tersebut dibuat, Michael turut melakukan perkara sama dengan berbesar hati memohon maaf kepada Noraniza yang sudah dianggap seperti kakaknya sendiri.

Terdahulu, pada peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) yang berlangsung dua minggu lepas, Michael dilihat lantang memberikan komen persembahan peserta program berkenaan menerusi Twitter.

Nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat kritikan pedas dan negatif daripada pengarah itu.

Sehubungan itu, Noraniza meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan pengarah drama Perempuan Tanpa D0sa itu selepas tamat program berkenaan.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila seorang pengguna Facebook menyentuh isu status mualaf Michael dan mempersoalkan tujuan utamanya masuk Islam kerana ingin mendapatkan simpati dan populariti. – K!ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : GEMPAK

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kecoh Michael Ang Komen Kak Ani Nyanyi Tak Sedap, Sekali Mereka Jumpa Depan2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*