“Dia Duda Tak Ada Anak,” – Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah

Tahniah diucapkan buat pelakon Balkisyh Semundur Khan yang telah selamat bernikah dengan pilihan hatinya, Mohd Nazri Zakaria petang tadi.

Mereka bernikah di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan menggunakan wali hakim kira kira jam 2.30 petang tadi sambil disaksikan sekitar 20 orang tetamu.

Pasangan raja sehari ini kemudiannya diraikan di sebuah premis makanan popular di ibu kota bermula jam 5 petang tadi dengan dihadiri sekitar 50 orang tetamu.

“Alhamdulillah akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung (Semundur Khan Gulam Khan) sendiri sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

“Pada mulanya saya berdepan kesuk4ran menjejak lokasi sebenar bapa kandung untuk jadi wali.

“Namun selepas mas4lah ini mendapat liputan media, segala galanya dipermudahkan. Saya akhirnya sah bergelar isteri sekali lagi,” katanya.

Terdahulu, kisah pelakon berkenaan berdepan kesukaran mencari bapanya untuk menjadi wali mendapat perhatian ramai.

“Saya berusaha mencari bapa termasuk membuat semakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen, tetapi gag4l.

Saya buat carian di JPN membabitkan rekod kemat1an dan alamat terakhir. Selepas dua minggu saya diberitahu ayah masih hidup sebab tidak ada rekod kemat1an dan alamat terakhirnya di Tawau, Sabah.

“Malangnya, rumah itu sudah dijual sejak lima tahun lalu. Dalam semakan Jabatan Imigresen pun ayah tiada rekod keluar masuk negara sejak empat tahun lalu.

“Pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama namun permohonan tetap ditolak.

Pelakon yang terkenal menerusi drama Mak Cun di TV3 itu mengenali suaminya yang juga seorang pekerja barisan hadapan sekitar tiga tahun lalu.

“Dia duda tak ada anak. Dan dia menjadi lelaki yang boleh menerima  mas4lah dan pah1t get1r hidup ini. Malah lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya.

“Dialah yang selama perkenalan begitu tabah dan melalui kesukaran dilalui bersama. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,” katanya.

Terdahulu, Balkisyh sebelum ini pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007 dan bercer4i pada 5 September 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Dia Duda Tak Ada Anak,” – Pelakon Balkisyh Semundur Selamat Bernikah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*