“Sedar-sedar dah kat bawah” – Plan balik kampung nak cari ketenangan, tapi sampai je Perlis…

KENANGAN terindah tahun 2020.

Begitulah kata-kata ringkas seorang jejaka mengenai insiden kemalangan yang dialaminya pada Rabu lalu.

Dalam kejadian itu, Perodua Myvi yang dipandu Megat Umar Ruslan, 21, terbabas sehingga jatuh ke dalam sawah padi.

Mesra disapa Megat, dia juga sama sekali tidak menyangka kejadian yang berlaku di Arau, Perlis itu akan menjadi tul4r di media sosial.

“Saya balik kampung, cuti sampai tahun baharu. Masa tu saya dengan kawan di dalam kereta.

“Sibuk main telefon, berbual dengan kawan… sedar-sedar dah kat bawah. Kami tak ced3ra, keluar je terus gelak.

Megat dan rakannya tidak mengalami sebarang keceder4an.

“Kemudian kakak saya post gambar kejad1an tu di Twitter, tak sangka boleh v1ral,” ujarnya kepada mStar.

Sehingga kini, foto itu menerima lebih 9,000 ulang k1cau (Retweet).

Malah, ia turut menerima pelbagai respon netizen termasuk yang memperkatakan mengenai kejadian-kejadian sebelum ini melibatkan kereta Myvi.

 

Saya balik kampung untuk cari ketenangan. Rumah di kampung pun dekat dengan sawah.

MEGAT

Ujar Megat, dia tidak kisah dengan segala komen yang ditinggalkan dan menganggap ia sebagai hiburan sahaja.

Menurut juruteknik sistem fiber yang bekerja di ibu negara itu, keretanya juga tidak mengalami sebarang keros44kan tervk.

“Calar-calar manja je kereta tu. Kemudian tarik naik ke atas jalan dengan bantuan orang kampung, guna traktor sawah.

“Ini kejadian kemal4ngan pertama. Kenangan terindah 2020,” ujarnya berseloroh.

Kereta Megat dibawa keluar dengan bantuan penduduk kampung.

Dalam pada itu, Megat mendedahkan dia mengambil cuti hujung tahun untuk pulang berehat seketika di kampung.

“Sekarang PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat). Duduk KL pun buat benda sama je.

“Saya balik kampung untuk cari ketenangan. Rumah di kampung pun dekat dengan sawah.

“Boleh memancing, petang-petang pusing sawah,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MSTAR

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Sedar-sedar dah kat bawah” – Plan balik kampung nak cari ketenangan, tapi sampai je Perlis…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*