Selepas 2 Bulan, Fattah-Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 – “Patut Tak Tunjuk, Rupanya Tunggu Tahun Baru.”

Perkongsian foto di Instagram daripada pasangan selebriti popular, Fattah Amin dan Nur Fazura tengah malam tadi mengundang perhatian netizen.

Selepas kira-kira dua bulan bergelar ibu dan bapa, Fattah dan Fazura akhirnya berkongsi foto anak pertama, Nur Fatima Aisya kepada peminat.

Foto keluarga tersebut dimuat naik mereka menerusi akaun Instagram masing-masing tepat jam 12 tengah malam tadi.

Tampil mengenakan persalinan dalam rona sedondon, Fatima dirakam sedang didukung Fazura dan bersempena dengan sambutan tahun baru, keduanya turut memberi dedikasi sama buat peminat.

“Selamat Tahun Baharu 2021. Salam Sayang. Fattah, Fazura dan Fatima,” kata pasangan itu.

Terdahulu pada 2 Oktober lalu, bintang Pisau Cukur itu selamat melahirkan bayi perempuan selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga bersama Fattah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)

Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut di Instagram Fazura, rata-rata peminat dan rakan artis turut sama memberikan ucapan selamat tahun baru selain memuji kecomelan wajah permata hati pasangan terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber : MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Selepas 2 Bulan, Fattah-Fazura Kongsi Wajah Comel Anak Tepat 1 Januari 2021 – “Patut Tak Tunjuk, Rupanya Tunggu Tahun Baru.”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*