Dua Tahun Kerja, Pembantu Rumah Chef Wan R0sakkan Barang Sebelum Pulang Ke Seberang

Sebab utama mengapa ada sesetengah orang mengambil perkhidmatan pembantu rumah ialah bagi membantu untuk memudahkan urusan di rumah seperti basuh kain, memasak, mengemas atau apa sahaja yang berkaitan.

Namun menjadi kekec3waan apabila pembantu rumah yang diharapkan nampaknya dalam diam lempar batu sembunyi tangan kepada majikannya sendiri.

Chef selebriti terkenal, Chef Wan ada kongsikan satu video pendek menunjukkan vakum miliknya yang berharga RM5,000 seperti sengaja dipatahkan oleh pembantu rumahnya yang kini sudah dihantar pulang ke negara asalnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Menurut Chef Wan, pagi sebelum beliau menghantar pembantu rumahnya itu, vakum tersebut masih dalam keadaan yang baik dan tidak diketahui mengapa apabila beliau mahu menggunakannya, vakum tersebut dilihat sudah patah!

“Kat sini dia patahkan. Tengok ni handle, why?? Ni bukti sampai terkopak, benda ni harga RM5,000 lebih tau. Kita  kalau pakai guna elok-elok je tau. Pagi sebelum dia bertolak benda ni elok dia pakai, bila dia patahkan ni? Patah sana, patah sini. Apa la perangai hati bvsuk macam ni?”

Chef Wan orders cancer-stricken mum's everyday clothes from Malaysian designer Calvin Thoo

Dalam masa yang sama, Chef Wan turut memberitahu bahawa sepanjang tempoh dua tahun pembantu tersebut berkhidmat untuk keluarganya, terdapat banyak lagi kerosakan yang seperti sengaja dilakukan olehnya.

Disebabkan tidak mahu memanjangkan cerita, Chef Wan hanya menggantikan barangan tersebut dengan yang baharu walaupun pembantu rumahnya tidak pernah mengaku atas kesalahannya itu.

Ramai pengikutnya di laman Instagram turut ada kongsikan beberapa pengalaman ngeri mereka bersama dengan pembantu rumah masing-masing.

Kenapa la sengaja buat perangai buruk macam tu, kesian kepada majikan yang dah berhabis banyak duit akhirnya diani4ya seperti itu.

Tapi tak semua pembantu rumah bersikap jah4t begitu ya, masih ada lagi pembantu rumah yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab dalam membuat kerja.

Sumber foto dan video: Instagram Chef Wan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/

 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Dua Tahun Kerja, Pembantu Rumah Chef Wan R0sakkan Barang Sebelum Pulang Ke Seberang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*