Ramona Zamzam Dedah Perangai Sebenar Mira Filzah Buat Ramai Terkejuut

Solat adalah satu kewajipan bagi semua umat Islam di seluruh dunia. Seandainya seseorang Muslim itu taat mendirikan solat fardu sebanyak lima kali dalam sehari, bermakna dia seolah-olah menegakkan agamanya.

Baru-baru ini, menerusi laman sosial Instagram, pelakon Ramona Zamzam mendedahkan rakan selebriti Mira Filzah sebagai selebriti yang paling diminatinya saat ini.

Menurut pelakon berusia 31 tahun itu, dia menyifatkan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sebagai seorang pelakon yang memiliki keperibadian sangat tenang, lembut dan sopan.

Dalam pada itu, Ramona mendedahkan lagi bahawa Mira merupakan seorang pelakon yang amat menjaga solat meskipun sibuk sewaktu penggambaran.

Perkara berkenaan jelas dilihat apabila mereka berdua menjalani sesi penggambaran bersama tidak lama dahulu dengan mengakui perkara itu sendiri di InstaStory laman Instagram miliknya.

“Currently @mfmirafilzah. Berdasarkan penggambaran terakhir kami, saya dapat rasa aura tenang daripada dia. Saya suka bila bersama Mira kerana dia teramat tenang. Dia sangat lembut dan sopan, sama sekali bertentangan dengan diri saya. Ramona = Ribut.
“Dia merupakan seorang aktres yang tak tinggal solat masa penggambaran, saya sangat kagum dengan kesungguhannya. Walaupun agak remeh sebab kena tanggalkan mekap lepas itu pakai balik berulang kali,” tulisnya.

Pelakon drama Ironi Kasih itu turut meluahkan rasa segan apabila Mira berada di sisinya kerana dia merupakan seorang yang ‘havoc’ manakala Mira berperwatakan sangat tenang dan sopan.

“Dia sabar je dengan Ramona yang gelak 24 jam dekat set, buatkan saya rasa segan kerana dia sangat sopan tetapi aura tenang dia begitu kuat.
Sekarang saya faham kenapa Mira disayangi ramai orang. Okay Mira Filzah belanja I makan malam dekat Grand Hyatt lepas ini okay,” jelasnya bergurau.

Mira mendirikan rumah tangga dengan anak kepada ahli politik, Mastura Mohd Yazid iaitu Wan Emir Astar pada September lalu.

 

 

Sumber: Instagram Mira Filzah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MOTIFVIRAL

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Ramona Zamzam Dedah Perangai Sebenar Mira Filzah Buat Ramai Terkejuut"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*