Baru Je Ibu Dapat Gelaran Datuk, Sekali Ini Reaksi Wan Emir Astar Buat Ramai Terkejvt

Tahniah diucapkan buat ibu mentua kepada pelakon Mira Filzah, iaitu YB Datuk Mastura Yazid Tan Sri Dato’ Mohd Yazid yang menjadi antara penerima yang dikurniakan Darjah Kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (P.M.W) dengan membawa gelaran Datuk.

Datuk Mastura menerima gelaran tersebut bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 pada Isnin daripada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Berita itu dikongsikan suami Mira Filzah, Wan Emir Astar menerusi satu posting di Instagram, baru-baru ini.

Gembira dalam syukur, Wan Emir turut membuat coretan panjang lebar buat ibu tersayang pada ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by WAN EMIR ASTAR (@wanemirastar)

“Menjunjung kasih YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhvm Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah atas pengurniaan Darjah Kebesaran buat Bonda patik,@masturayazid.

“Moga anugerah sempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2021 hanya akan menjadikan Bonda patik lebih baik dan terus cekap dan cekal dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin yang amanah buat semua, baik di Kuala, di desa, mahupun di pentas antarabangsa, untuk nama baik negara.

“Di sebalik tabir berdekad-dekad perjalanan khidmat dan bakti Ibu kepada masyarakat, bangsa dan negara, hati dan mata ini sendirilah yang menjadi saksi sendiri kepada tangisan, darah dan keringat yang dilimpahkan, demi cinta.. sebuah perjuangan.

“An inspiring, passionate, beloved leader, that is my Ibu. Tahniah Ibu. Papa would look dearly upon this moment today, for he knows how incredible Ibu has been for Papa, the people of Kuale, and the nation.

“Rahmatilah perjuangan dan usaha Ibu ku Ya Rabb, demi kebaikan agama, bangsa dan negara,” tulisnya sambil disusuli dengan hashtag, #DemiCintaSebuahPerjuangan dan #ArahManaSyurga.

Sekadar informasi, Datuk Mastura berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) dan merupakan Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Foto: Instagram Wan Emir Astar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber: MH

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Baru Je Ibu Dapat Gelaran Datuk, Sekali Ini Reaksi Wan Emir Astar Buat Ramai Terkejvt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*