‘Nampak budak jual Yasin depan Pavi, takyah sedekah, kurang ajar nak mam…’-Diva AA

Baru-baru ini, pengacara Azwan Ali memuat naik video dirinya didatangi seorang pengemis cilik lalu dih4lau, men1mbulkan rasa kurang sesetengah warga maya.

Namun demikian, ada netizen yang tampil menjelaskan mereka juga pernah berdepan dengan pengemis cilik berkenaan di kawasan Pavilion dan disifatkan kurang ajar dan men1pu untuk mendapatkan wang dengan cara mudah.

“Kalau korang nampak budak-budak jual Yasin depan Pavilion camni, tak payahlah sedekah. Kurang ajar nak m4mpus. Aku bagi RM20, then dia panggil semua kawan-kawan dia minta kat aku.

“Pastu aku cakap tak boleh, aku suruh diorang share RM20 tadi. Diorang blah, buat muka. Memang macam b**i,” kata Nana di Twitternya.

Perkara itu turut diakui beberapa netizen yang juga pernah mengalami pengalaman seumpama itu di sekitar ibu kota yang dipercayai didal4ngi oleh s1ndiket yang sama.

“Pernah kena juga kat Sogo. Dia kata lapar, tak makan lagi. Bagi duit kat dia RM20, suruh beli makan. Pastu dia blah then dia datang balik sambil tarik tangan member dia suruh member dia minta. I cakap, tadi kan dah bagi? Share la beli makanan. Then tiba-tiba dia kata dia tak kenal budak tu,” – Maixaa.

“Betul! Sangat kurang ajar ya. First kes dulu, budak ni suruh beli Yasin. Tetapi biadab, memaksa pula tu. Aku yang niat mahu sedekah terus tak jadi. Bila tak layan, budak itu m4ki aku.

“Kes lain, aku ingat dia sedekah Yasin. Bila ambil, dia suruh bayar RM10. Sudah! Ambil balik Yasin tu, tak kesah pun,” – Davina.

Disebabkan kegiatan sindiket seperti ini membuatkan orang ramai berwaspada apabila didekati para pengemis di ibu kota kerana bimbang ditipu.

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk tidak mudah terperdaya dengan sindiket pengemis terancang ini. Sebaik-baiknya hulurkan derma atau sumbangan ikhlas anda kepada badan-badan yang berdaftar dan diberi keizinan untuk mengutip sumbangan.

Sedekah murahkan rezeki, hindar b4la

SEDEKAH menjadi antara amalan yang paling berat dilakukan, khususnya manusia yang tidak suka berkongsi harta dengan orang lain.

Namun, orang beriman yang memahami konsep sedekah itu akan meyakini ia amalan terpuji, yang bukan hanya mampu menyucikan diri dan harta, bahkan pahalanya berkekalan hingga ke hari pembalasan.

Pada umumnya, bersedekah ialah amalan sunat yang banyak disebut dalam Islam. Ia pemberian ikhlas yang sebenarnya menandakan tahap keimanan seseorang, selain bukti ketaatan kepada Allah SWT.

Amalan sedekah tidak terhad kepada orang berharta, sebaliknya orang Islam yang tidak memiliki harta pun boleh bersedekah berdasarkan kemampuannya, asalkan lahir daripada hati yang ikhlas.Sedekah juga tidak terhad kepada pemberian wang ringgit atau harta benda, sebaliknya merangkumi hal seperti mengajar ilmu baik dan memberi pertolongan.

Malah, senyum juga disifatkan sebagai sedekah apatah lagi jika ia membabitkan pembangunan ekonomi umat Islam seperti membayar zakat, berwakaf dan infak (memberi sumbangan wang serta harta).

Abu Dzarr berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Senyummu kepada saudaramu ialah sedekah bagimu; kamu memerintah kepada kebaikan dan melarang kemungkaran ialah sedekah; kamu memberi petunjuk kepada seseorang sesat di jalan ialah sedekah; kamu melihat kepada seseorang yang tidak dapat melihat dan menolongnya sedekah bagimu; kamu menghilangkan batu, duri dan tulang di jalan ialah sedekah bagimu dan kamu memasukkan air daripada timbamu ke timba saudaramu sedekah bagimu.” (HR Tirmizi)

Sumber: Twitter Nana

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Tube Viral

Sumber:http://trendingsangat.pw/2021/03/nampak-budak-jual-yasin-depan-pavi-takyah-sedekah-kurang-ajar-nak-mam/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Nampak budak jual Yasin depan Pavi, takyah sedekah, kurang ajar nak mam…’-Diva AA"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*