Kasih ibu sampai syurga, gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja

Setiap wanita bergelar ibu pasti menghadapi pelbagai cabaran dalam membesarkan anak-anak. Tambahan lagi apabila ada yang terpaksa berkejar masa untuk pergi kerja sambil menguruskan anak.

 

Begitulah seperti kisah seorang ibu bergelar jururawat ini yang tular di aplikasi TikTok di mana dia terpaksa mengejutkan anaknya lebih awal untuk menghantarnya ke sekolah sebelum bergerak ke tempat kerja setiap hari.

Video :

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu dan anaknya sudah memakai uniform lengkap di dalam kereta. Si ibu mengenakan pakaian jururawat manakala anaknya memakai baju sekolah.

Dalam pada itu, anaknya dilihat masih tidur kepenatan di atas pangkuan sementara si ibu menyiapkannya untuk pergi ke sekolah.

“Setiap hari macam ni lah. ‘Rushing’ nak kerja, jadi akan siapkan anak dalam kereta. Anak pun terpaksa bangun awal. Jarak rumah ke tempat kerja 30km lebih. Semoga urusan kita dipermudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Besar nanti dia tahu hargai ibu bapa

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut merasai cabaran seperti wanita berkenaan. Selain itu, ramai yang kagum melihat kegigihan seorang wanita bernama ibu.

Kasihan anak terpaksa bangun awal

Tak dinafikan lagi, insan bergelar ibu bapa rela berkorban masa dan tenaga demi mencari sesuap rezeki untuk kesenangan seisi keluarga.

Justeru itu, sebagai seorang anak kita dituntut untuk berbuat baik serta menghormati mereka sentiasa.

“Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?” – Hamka

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: TikTok @uyunisa32 via mediabawang

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Kasih ibu sampai syurga, gigih bangun awal sampai siapkan anak dalam kereta sebelum pergi kerja"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*