Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab Kerana An4iya Artis-artis & Anak Yat1m

Baru-baru ini tular mengenai beberapa artis menghadiri sebuah majlis berbuka puasa di ibu negara yang didakwa melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).

Dalam gambar yang tular di media sosial itu, beberapa artis, antaranya penyanyi rap Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz kelihatan di majlis berbuka puasa berkenaan.

Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab

Sementara itu, di Instagram, Caprice memohon seorang Instafamous supaya bertanggungjawab dan membuat pengakuan kepada pihak polis. Caprice berkata, instafamous ini telah hadir pada majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Rindu Raudah.

Malah wanita ini membawa jurukamera sendiri dan menarik artis-artis dan anak-anak yat1m di luar ‘event hall’, untuk bergambar dengan produknya.

“Demi product and marketing, sanggup an1aya artis-artis lain dan anak yat1m? @nurinafiqaaah please confess to the police that you came to @rinduraudahofficial private buka puasa, bawak cameraman you, dan pandai-pandai tarik artis dan anak y4tim di LUAR event hall untuk bergambar dengan your product… pandai-pandai buat kerja, pandai-pandai lah tanggung.”- tulisnya di Instagram.

Akibat dari tindakan instafamous ini, Caprice mendapat banyak panggilan dari media untuk membuat penjelasan kerana dia juga menghadiri majlis tersebut. Sedangkan hal ini berpunca dari instafamous tersebut.

“Yang pelik keluar news nama kita dan artis lain. Tapi nama instafamous yang buat semua kerja ni langsung tiada”- komennya.

Menurut laporan dari BH Online, majlis tersebut telah diadakan pada 29 April dan setakat ini, 3 individu membabitkan penganjur dan seorang pihak pengurusan hotel sudah dipanggil untuk beri keterangan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Murai MY

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Caprice Mahu Instafamous Ini Bertanggungjawab Kerana An4iya Artis-artis & Anak Yat1m"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*