Disoal Mengenai Perancangan Anak, Ini Jawapan Neelofa

Setakat 4 Mei 2021, namanya tidak lekang disebut-sebut di laman sosial, bukan sahaja soal perkahwinan namun perdebatan mengenai dakw4an perlanggaran (SOP) juga dipertikai oleh rata-rata warganet.

Sebelum ini soal jodoh selebriti ini mungkin sentiasa menjadi teka-teki di kalangan umum, namun setelah mendirikan rumah tangga, Neelofa kini disoal mengenai zuriat pula.

Terdahulu, selebriti dan usahawan Neelofa pernah menyatakan bahawa usah bertanya soal jodoh padanya kerana terlihat seperti menanyakan waktu bila akan mati, kali ini mungkin berbeza jawapannya setelah beliau selamat bernikah dengan seorang pendakwah bebas, PU Rizz.

Menerusi sumber temu-ramah bersama Neelofa di rancangan Melodi, beliau telah menjelaskan bahawa dirinya seolah-olah tidak dibenarkan untuk menjawab soal bilakah pasangan selebriti ini akan menimang cahaya mata namun diserahkan kepada suaminya, untuk mengulas dengan lebih lanjut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by neelofa.fans (@lofa.world)

caption:

“Soalan pasal anak tu boleh tanya haris, kalau saya jawab nanti kan dia… tak boleh tak boleh”

Beliau menjelaskan bahawa suaminya itu akan menasihatinya mengenai perkara-perkara yang mungkin tidak beliau sedari, Neelofa akui bahawa dirinya harus lebih berhati-hati untuk memberi sebarang kenyataan kerana tidak lagi membawa imej dan nama sendiri namun identiti sebagai pasangan suami isteri.

“Neelofa ni semua benda nak post pastu mula lah netizen mar3h, dia boleh je kot kalau post dekat close friend, benda yang tak sepatutnya tak patut kongsi pada khalayak umum…bila disoal jangan tahu melenting pula kalau diri sendiri yang bagi ruang untuk dikec4m”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat adalah lebih baik jika sebarang keputusan dibuat dipersetujui dan dipertanggungjawab oleh kedua-dua pasangan.

Menurut sumber sebuah laman portal, Neelofa menjawab perihal anak sama seperti soal jodoh, beliau menyerahkan segala aturan kepada Yang Maha Esa dan jika diberi rezeki dalam masa terdekat, selebriti ini bakal menerimanya dengan tangan terbuka.

Mesti comel kan anak Neelofa dengan Harris nanti, tak sabar nak tunggu berita gembira soal anak pula.

Ditulis Oleh : Puteri Haideera

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Lofa.world & Melodi via HOTFM

Apa komen anda?

Be the first to comment on "Disoal Mengenai Perancangan Anak, Ini Jawapan Neelofa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*