“Ni mama sayang..” – Gara2 sikap bekas suami, anak dah tak kenal wajah ibu

Sekiranya terjadi penceraian, anak juga menjadi individu yang turut sama terkesan apatah lagi jika mereka masih lagi kecil dan cuba untuk memahami situasi yang berlaku.

Malah, hubungan kedua-dua pihak boleh menjadi renggang apabila tiada sikap saling kerjasama atau tolak ansur terutama soal hak penjagaan anak yang menjadi tanggungjawab utama.

Terbaru, tular sebuah video di platform TikTok memaparkan seorang wanita menangis sambil memeluk anak lelakinya apabila bekas suami dipercayai seolah-olah mahu ‘menghalang’ pertemuan anak beranak tersebut.

Menerusi posting berkenaan, wanita terbabit @Chetah_Shita meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa bekas suami sukar untuk memberikan kerjasama sehingga anak-anak sudah tidak mengenali dirinya.

“Nak jumpa anak² susah, bekas suami tak bagi kerjasama. Anak² sampai tak kenal aku ibu mereka. Korang ingat janda tu bahagia ke?,” luahnya.

Rakaman video tersebut turut memperlihatkan reaksi anaknya yang menangis dan tidak mahu dipeluk, namun @Chetah_Shita cuba memujuk dengan mengatakan dia adalah ‘mama’ kepada si kecil itu.

Meraih sebanyak 2.7 juta tontonan dan 18,700 komen, warganet rata-rata bersimpati selepas melihat nasib malang wanita terbabit yang sering merindui dua cahaya matanya.

Malah, segelintir individu turut bertanya mengenai hak penjagaan anak selain mendoakan agar wanita berkenaan tabah serta sabar dalam menjalani kehidupan.

Aduhai kesianlah pada anak-anak, mereka berhak dapat kasih sayang daripada ibu kandung. Turunkan ego masing-masing, penceraian bukan bermakna perlu pisahkan zuriat sekali.

Sumber: TikTok @Chetah_Shita

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://updatenews-48.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Ni mama sayang..” – Gara2 sikap bekas suami, anak dah tak kenal wajah ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*