Tular video seorang wanita Sabah ugvt polis di SJR.
Minggu lalu, tular satu rakaman yang memaparkan seorang wanita mengugvt anggota polis di sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Kepayan.
Dalam video tersebut, wanita berusia 34 tahun itu mengugvt anggota polis yang mengeluarkan saman kepada beliau atas kesalahan cukai jalan dan insurans kenderaan tamat tempoh.
Susulan kejadian tersebut, wanita tersebut ditahan bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan hasil siasatan lengkap akan diserahkan kepada Timbalan Pend4kwa Raya untuk tindakan lanjut.
Dalam satu sidang media, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah memberitahu, ketika ditahan di rumahnya di kondominium di Jalan Lintas pada jam 11.20 pagi 20 Jun, polis turut merampas pakaian yang dipakai wanita itu dalam kejadian berkenaan bersama telefon bimbit, kad pendaftaran kereta dan kunci kenderaan.
Namun dalam perkongsian media Harian Metro, ramai netizen yang tertanya-tanya mengapa pakaian beliau turut dipamerkan sebagai bahan rampasan.
Menurut peguam jenayah, Dony Abdullah, baju wanita Sabah yang tular ugvt polis itu dirampas bagi tujuan pengecaman memandangkan di dalam video tersebut, beliau memakai pelitup muka.
Malah dalam sidang media itu, Mohd Zaidi turut mengatakan hal yang sama.
“Pakaian yang dirampas itu bagi mengenal pasti ia adalah pakaian yang dipakai oleh wanita itu dalam kejadian yang dirakam dalam video.”
Selain daripada itu, seorang pegawai, tujuh anggota polis serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dipanggil dan tiga telefon pintar milik anggota polis yang bertugas turut diambil bagi membantu siasatan.
Terdahulu, pihak polis semalam memberitahu siasatan sudah meliputi 80% dan wanita berkenaan memberikan kerjasama yang amat baik sejak ditahan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : odisi
Be the first to comment on "Kenapa Baju Wanita TuIar Ugvt PoIis Sabah Dir4mpas? Ini Penjelasannya"