“Gadis ‘0key’ Letak H4ntaran RM500,” Jaga S0lat Antara Sy4rat Untuk Bakal Suami

Sebelum berkahwin, soal wang hantaran menjadi antara perbincangan kedua-dua belah pihak supaya boleh mencapai kata sepakat. Kalau jumlah setinggi langit, agak ‘sak1t’ bagi si lelaki untuk mengumpulnya.

Mungkin tidak mahu membebankan bakal suami, seorang gadis ini menyatakan ‘okey’ sahaja sekiranya menerima nilai RM500 sebagai wang hantaran untuk majlis pernikahannya.

Menerusi sebuah video di platoform TikTok, bagaimanapun Alyaa Azlan meletakkan beberapa syarat untuk calon suaminya bagi memenuhi kriteria yang diinginkan.

Menulis kapsyen pada video, gadis berasal dari Kelantan itu antaranya mahu seorang bakal suami yang menjaga solat, bertanggungjawab dalam memberi nafkah serta tidak mempunyai personaliti panas baran.

Video berdurasi 19 saat tersebut meraih 1.2 juta tontonan dan hampir 6,000 komen warganet yang tertarik untuk berkongsi pendapat masing-masing.

Rata-rata terutamanya kaum lelaki meluahkan rasa ‘lega’ kerana masih terdapat wanita yang tidak keterlaluan dalam menetapkan nilai wang hantaran selain mendoakan Alyaa agar dipertemukan jodoh yang baik.

Sumber: TikTok @nleliyyy_

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Media Malaysia

Sumber : https://www.klmetro.pw/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Gadis ‘0key’ Letak H4ntaran RM500,” Jaga S0lat Antara Sy4rat Untuk Bakal Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*