“Kerajaan Beri Wang Kepada Orang Hilang Kerja” – Wardina Cerita Cara Australia Jaga Rakyat Pasca C0VID-19

Selebriti Wardina Saffiyah berkongsi cara kerajaan Australia mengekang C0VID-19 dan kesan sampingan selepas w4bak itu meng4ncam negara terbabit.

Menerusi sesi perkongsian bersama ahli politik Anfaal Saari, Wardina memberitahu kerajaan Australia sentiasa peka untuk membantu rakyat terutama yang terjejas aklbat C0VID-19.

“Kita orang tiada lockdown lama-lama. Apabila kita melakukan lockdown yang betul, dan mampu mengawal kes, kita boleh kembali menjalankan rutin harian seperti biasa.

“Bagaimana kami sukses adalah apabila vlrus tersebut dikekang sebelum ia merebak. Sebab kalau dah terlalu banyak yang terj4ngkit, memang tidak boleh berbuat apa,” katanya.

@anfaalsaari

Wardina kongsi bagaimana Australia mengawal penularan Covid-19 #tiktokwanita #kitajagakita #malaysiabelumbebascovid19

♬ original sound – Anfaal Saari

Wardina yang menetap di Australia sejak 2014 bagaimanapun menegaskan orang ramai tidak seharusnya membanding-bandingkan negara tersebut dan Malaysia kerana Australia negara yang kaya.

“Mereka (Australia) mampu. Mereka mewujudkan pakej stimulus sekitar AUS$130 bilion.

“Setiap dua minggu, orang yang hilang kerja akan menerima wang daripada kerajaan. Bil hospital pun akan dilunaskan oleh kerajaan.

“Selain itu, Perdana Menteri Australia, Scott Morisson turut bekerjasama dengan parti pembangkang untuk membendung C0VID-19,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

sumber:  https://gempak.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kerajaan Beri Wang Kepada Orang Hilang Kerja” – Wardina Cerita Cara Australia Jaga Rakyat Pasca C0VID-19"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*