‘Saya Akan Ingat Sampai Bila-Bila’ – Mnangis Balik Rumah, Isteri AC Mizal DiIud4h Waktu Beli Barang

Pngacara dan pelakon popular Datuk AC Mizal mengimbas kenangan pahit yang dilalui oleh isteri kesayangannya Datin Emylia Rosnaida selepas mendirikan rumah tangga.

AC mendedahkan perkara itu secara eksklusif menerusi program Rumah No 107 yang bakal disiarkan pada tahun lalu.

Menurut AC, ramai yang menganggap Emylia adalah punca pencraiannya dengan bekas isteri.

Disebabkan tanggapan itu jugalah Emylia menerima pelbagai kec4man termasuklah ins1den diluda.h sewaktu membeli barangan keperluan.

” Orang c4ci dia macam-macam, saya ingat lagi dia cerita dia pergi pusat membeli-belah untuk beli barang kemudian orang lvdah.

” Saya akan ingat ins1den itu sampai bila-bila, orang lvdah dia sebab saya. Saya kahwin dengan dia selepas setahun saya bercrai dan orang menganggap seperti dialah penyebabnya.

” Tapi sebenarnya tidak, selepas saya bercrai selama setahun kemudian barulah saya bersama dengan dia.

” Ada sampai satu tahap dia balik rumah saya tengok dia mnangis. Saya tanya kenapa namun dia tidak mahu cerita.

” Sampailah selepas seminggu dia beritahu tidak mahu pergi membeli barang. Saya tanya lagi dan kemudian barulah dia cerita apa yang menimpa.

” Tiada apa perkataan yang boleh menggambarkan siapa awak untuk saya. Awaklah nyawa saya dan saya tahu saya tidak akan berada di sini tanpa awak disisi saya. Terima kasih isteriku,” ucap AC sebak.

Terkenang zaman susah

Terkenang zaman susah ketika mula-mula mendirikan rumah tangga, AC pernah meminjamkan Emylia bajunya sendiri dek perutnya yang makin memboyot ketika hamil anak pertama.

Zaman kejatuhan AC ketika itu memberi tamparan hebat kepada pasangan ini dalam mengharungi kehidupan rumah tangga. Pada suatu ketika, keadaan menjadi terlalu sukar hingga bekas anggota kumpulan yang popular pada era 1990-an, 4U2C ini terpaksa bekerja di kedai menjual kereta terpakai.

Tiada pilihan selain mengikat perut demi membiayai bil hospital isteri yang sarat hamil anak sulung, AC berdepan pelbagai cabaran untuk mempertahankan rumah tangga mereka.

” Setiap kali masa rehat, kawan-kawan ajak keluar makan dan saya akan cakap sudah kenyang. Sedangkan saya hanya meneguk air paip sebab nak kumpul duit untuk bayar bil bersalin.

” Pada mulanya, doktor beritahu isteri akan bersalin normal, entah macam mana Emylia perlu dibedah. Ketika itu, saya memang kusut dan runsing sebab duit hanya cukup untuk menjelaskan bil bersalin normal.

” Saya memang tak ada duit langsung sampaikan terpaksa bagi isteri pakai baju saya. Ini kerana saya tak mampu hendak beli baju kehamilan. Ketika itu, simpanan cuma ada RM1,000 untuk kos bersalin.

” Apabila doktor cakap perlu dibdah, saya memang tak tidur lena sehinggakan terpaksa tidur di bawah katil hospital memikirkan duit,” luah AC.

Terus berkongsi kisah, AC berkata, ketika itu, baharulah beliau tahu siapa teman sejati dalam kalangan kenalan yang ada.

” Ini kerana kawan-kawan yang rapat dengan saya semuanya menghilangkan diri. Mujurlah ada seorang hamba Allah yang sudi pinjamkan duit disebabkan saya tidak cukup RM800 untuk membayar bil hospital.

” Sejak itu, setiap rezeki yang datang saya tak pernah tolak. Duit yang masuk, sama ada sikit atau banyak, saya simpan betul-betul demi keluarga,” katanya yang bersyukur dikurniakan isteri yang amat memahami, tidak pernah merungut dan sentiasa berada di sampingnya.

Sumber:gempak dan bharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Berita Terkini

Sumber  :  https://thebolalive.com/

Apa komen anda?

Be the first to comment on "‘Saya Akan Ingat Sampai Bila-Bila’ – Mnangis Balik Rumah, Isteri AC Mizal DiIud4h Waktu Beli Barang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*