“Saya minta maaf jika keputusan bawa AinuI ke UK menggvris hati ramai,” – Bapa AinuI Mardhiah

Satu ketika dahulu, nama adik Ainul Mardhiah meniti dibibir orang ramai apabila kisahnya  yang mengh.idap Germ Cell Tumor 2 tahun yang lepas tul4r di media sosial.

Doa orang ramai ketika itu tidak putus-putus mendoakan agar adik Ainul sembuh dan membesar seperti kanak-kanak yang lain.

Kini, adik Ainul sudah sihat dan membesar dengan baik. Gelagat dan perkembangan adik Ainul sering dikongsikan oleh bapanya di laman Facebook.

Bapa Ainul Mardhiah terkilan

Walaubagaimanapun, menerusi posting terbaru yang dimuat naik bapanya Ahmad Safiuddin berkongsi rasa terkilan apabila masih ada cerita tidak enak didengar.

Cerita itu timbul apabila ada yang mempertikaian keputusannya untuk membawa adik Ainul ke luar negara untuk mendapatkan r.awatan.

Keluar pulak cerita-cerita yang tak sedap didengar

“Bila buka facebook tersebut, ingatkan dia orang yang secara langsung terlibat dengan kes ainul dahulu, rupanya tak pun.”

“Dengar dari mulut siapa tak tahu? Lepas tu muatnaik cerita di facebook dan orang mula mengata.”

Banyak sahaja saya terbaca orang tak puas hati Ainul dapatkan r.awatan disana

“Sebenarnya banyak sahaja saya terbaca orang tak puas hati bila Ainul pergi mendapatkan raw4tan di sana.”

“Tapi sebenarnya, lebih ramai pembantu ainul yang suruh saya segera mendapatkan r.awatan di sana.”

“Dan mereka ini tidak kisah pun buat r.awatan di mana, asalkan ainul sihat. Terlalu ramai. Lebih ramai dari yang tak sokong.”

Saya ada banyak sebab, mengapa dan kenapa ambil keputusan itu

“Sebab itu saya tak pernah respon pun apa orang tak sokong tu bercakap. Bagi saya, mereka tak tahu apa apa. Saya ada banyak sebab, mengapa dan kenapa.”

“Saya tak mahu merumitkan keadaan dan tak perlu explain panjang-panjang.”

Betapa saya terd.esak ketika itu demi lihat anak sembuh

“Perkara terlalu rumit, dan saya sebagai bapa yang sentiasa 24jam bersama ainul, betapa terdesaknya saya ketika itu demi melihat anak sembuh, hanya Allah swt sahaja tahu.”

“Waktu tu apa sahaja peluang yang ada, saya sebagai bapa pasti akan merebutnya segera.”

Biar bapa hilang n.yawa tapi bukan n.yawa anak

“Tahu tak rasa terd.esak? Pernah rasa terdes4k? Pernah lalui bila ada anak yang dah kaku.”

“Waktu itu apa sahaja yang ada, adakah kita nak tengok sahaja? Ini anak. Bukan orang asing. Biar bapa hilang n.yawa, tapi bukan n.yawa anak. Keputusan perlu dibuat segera.”

“Yang “bercakap-cakap” itu, dia tak melalui. Jika dia ada di tempat saya, mungkin dia pun akan melakukan perkara sama.”

Jika ada individu guna nama Ainul dapatkan keizinan saya dahulu

“Saya ingin menasihatkan, jika ada individu menggunakan gambar Ainul untuk tujuan yang tidak baik, lebih baik turunkan posting berkenaan.”

“Atau, jika mahu menggunakan gambar ainul untuk muatnaik artikel, boleh dapatkan keizinan saya dahulu.”

Ainul sihat sudah bermakna bagi saya

“Saya tak mahu bertengkar dengan sesiapa dan tak mahu menunding jari siapa betul siapa salah.”

“Perkara pun sudah dua tahun berlalu. Ainul pun sudah sihat. Dah berlari dah pun.”

“Ini pun sudah bermakna buat saya, isteri, keluarga, dan juga rakyat malaysia yang pernah membantunya.

Kamu tidak berada ketika kejadian berlaku

“Saya tahu apa yang penulis tak tahu kerana saya lah yang melaluinya secara langsung.

Saya ulang, saya tahu apa yang si penulis tidak tahu.”

“Kamu tidak berada ketika kejadian berlaku, jadi saya yakin yang kamu sungguh tidak tahu.”

Saya nasihatkan lebih baik diam

“Jika tidak terlibat secara langsung, saya nasihatkan lebih baik DIAM. Saya tidak peduli apa pun background kamu baik professional atau tidak. Jika tidak tahu, sila DIAM.”

“Kamu nak berbalah dengan orang lain, itu urusan kamu. Tapi dengan mengaitkan anak saya dan pilihan keluarga saya, itu bukan urusan kamu.”

Sejak bila buat pilihan dirawat salah disisi undang-undang

“Sejak bila pulak membuat pilihan dirawat itu salah di sisi undang-undang? Keputusan itu tanggungjawab saya. Anak saya adalah tanggungjawab saya.”

“Ini semua kerja Allah swt. Allah swt yang mengizinkan semua perkara ini berlaku. Tak perlu nak menunding jari kepada sesiapa.”

Berlapang dada lah, tidak tahu mengapa Allah memilih saya

“Tak boleh ke jika kita meraikan sahaja? Ra.watan dimana-mana pun tetap melalui displin ilmu yang sama. Lain lah jika saya bawa Ainul jumpa bomoh.”

“Berlapang dada lah. Wallahi, Saya pun tak pernah minta lalui semua perkara ini. Dan saya pun tak tahu mengapa Allah swt memilih saya untuk lalui ujian ini.”

“Punya ramai manusia di muka bumi, kenapa DIA pilih lelaki berusia 24 tahun ini yang baru memiliki anak pertama. Tidak pernah ada pengalaman memiliki anak sebelumnya.”

Sekelip mata Allah gerakkan hati semua orang 

“8 bulan saya sendiri menjaganya tanpa ada orang awam pun yang tahu. Tapi dengan sekelip mata, Allah swt menggerakkan hati semua orang dan tumpu terhadap ainul. Ya, hanya sekelip mata.”

“Tolong lah berlapang dada. Saya mohon maaf jika post saya ini ada mengguris hati sesiapa. Saya menghorM4ti semua orang.”

Saya minta maaf jika keputusan saya menggur1s h4ti

“Jika ada perkara yang tidak pasti, boleh terus bertanya saya. Jangan buat cerita melulu atau dengar sebelah pihak sahaja.”

“Lagi sekali, saya minta maaf sangat-sangat jika saya membuat keputusan untuk membawa puteri saya ke UK sehingga mengguris hati banyak pihak.”

Terima kasih Doktor-Doktor yang mer4wat Ainul

“Terima kasih Doktor-Doktor yang terlibat mer4wat ainul dahulu mulai hari pertama kelahirannya di Hospital Besar Melaka.”

“Ketika ini yang menyelamatkan ainul adalah Doktor di Labour Room. Doktor-doktor ini yang memberikan bantuan pernafasan segera kepada Ainul.”

Saya hargai semua orang dan jangan laga-lagakan kami

“Jika mereka ini Doktor yang ” low class “, hari pertama kelahiran ainul itu dia sudah pergi sebab ketumbuhan telah menutupi laluan pernafasannya di mulut sehingga tidak boleh bernafas.”

“Anda rasa, saya tak terhutang budi ke terhadap Doktor-doktor hebat ini.”

“Jadi, tolong lah. Saya sangat menghargai semua orang yang berusaha. Jangan melaga-lagakan kami, boleh?

Hari-hari saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua

“Jika saya mampu, hari-hari saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua Doktor yang terlibat baik di Malaysia mahupun di UK.”

“Ya, saya dan keluarga sangat berterima kasih sebab pernah mer.awat Ainul selama ini dengan sangat baik.”

Jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia

“Saya mohon maaf sekali lagi buat semua yang terguris hati dan saya mahu mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Malaysia kerana anda lah, Ainul ceria hari ini. Dengan izinNya.”

“Saya dan keluarga doakan kepada ibu bapa di luar sana supaya bertabah dan jangan putus asa jika memiliki anak yang diberikan ujian kesihatan.”

Saya letakkan kesalahan ini 100% di bahu saya

“InshaAllah, Allah swt ada. Redha itu paling penting. Maaf jika post ini panjang. Saya letakkan salah ini 100% di bahu saya.”

“Jika jelas saya telah menyalahi undang-undang kerana membawa puteri saya ke London, ambil lah tidakan terhadap saya. Saya akan bertanggungjawab.”

Saya minta perbahasan mengenai anak saya diberhentikan segera

“Akhir sekali, saya minta perbahasan mengenai anak saya di facebook diberhentikan segera.”

“Jika anda ingin memuatnaik dokumen/gambar/video atau lebih jelas lagi perjalanan r.awatan ainul di facebook atau internet, anda harus mendapatkan consent (kebenaran penjaga) iaitu saya dahulu.”

“Rahsia pesak1t, milik penjaga dan Doktor yang terlibat sahaja. Tidak boleh suka suka cerita kepada umum, kerana itu perbuatan yang menyalahi undang-undang.Terima kasih.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan pendapat dan buah fikiran mereka mengenai isu berkenaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: yoy

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Saya minta maaf jika keputusan bawa AinuI ke UK menggvris hati ramai,” – Bapa AinuI Mardhiah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*