“Kau J4ngan Lebih-Lebih, Tak Bergaji Kau Aku Bvat K4ng” – mStar Dim4ki Anju

Zarina Anjoulie memberi amaran kepada wartawan mStar Online dalam mengeluarkan artikel mengenai dirinya terutama membabitkan hubungannya dengan Zoey Rahman.

Di Instagram, Anju berkongsi tangkap layar akaun satu hantaran di IG mStar yang memuat naik gambar artikel yang seolah-olah menuduh hubungan rapatnya dengan Zoey sebagai drama marketing.

Di ruangan komen, Anju membidas tajuk dan kapsyen di IG dibuat admin mStar dengan menafikan bahawa netizen ada membuat kenyataan berkenaan.

Dakwa Anju, pihak berkenaan sak1t hati tidak dapat menemu bualnya sehingga mereka cerita kononnya ‘netizen hidu Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie buat drama marketing, berlakon sweet’.

“Kau jangan nak lebih-lebih. Kalau kau lebih, kau tahu apa aku akan buat. Tak bergaji aku buat kau,” katanya memberi amaran.

Di ruangan komen, ramai juga netizen mendakwa wartawan mStar sering membuat tajuk bercanggah dengan perbincangan hingga memfitnah orang lain.

Bagaimanapun, segelintir netizen tampil mendakwa memang ada netizen menyebut apa yang dinafikan Anju itu.

Namun, ada yang tidak bersetuju dengan cara wartawan menggunakan komen netizen untuk dijadikan kenyataan pada tajuk artikel.

Ini bukan kali pertama mStar dimaki golongan selebriti. Sebelum ini, pasangan Isa Khan dan Risteena kesal dengan mStar kerana mengasak mereka bagi mencari bahan berita.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : dnq.pw via cari 

Apa komen anda?

Be the first to comment on "“Kau J4ngan Lebih-Lebih, Tak Bergaji Kau Aku Bvat K4ng” – mStar Dim4ki Anju"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*